Friday, January 18, 2013

Melahirkan mu terasa seperti mimpi!

Wahai anak...ketahuilah oleh mu bahawa mama masih tidak sedar dari mimpi..mimpi rasanya cukup indah sebagai pinjaman dari Allah. Alhamdulillah.


Dahulu mama menangis. Saban hari, mama menangis.


Dahulu juga Allah memberi ihsan yang menjadi abah kepada Faris selama ini.


Mama dinikahi dengan abahmu (Eh macam kahwin paksa lak kan? Hahaha). 


Tak lama, mama dikejutkan dengan berita...kewujudan zuriat dalam perut mama ni. Tak lama nak...kejap je. Abah bagaikan tidak percaya bahawasanya dia telah menjadi ayah. 


9 bulan mama mengandungkan Faris. Faris dilahirkan secara keluar ikut tingkap..mama redha asalkan mama dan Faris dapat hidup bersama.



Mama juga berharap agar dapat membesarkan Faris sampailah Faris sekolah ....kahwin..erkkk. Rasa macam jauh lagi perjalanan tu kan?



Tapi bila Faris dah 9 bulan sekarang..minggu depan nak masuk 10 bulan??? Wah betapa cepatnya masa itu!


Masih tak puas rasanya membesarkan kamu. Nak nak mama kerja. Malam baru kita dapat jumpa dan pelok T__________________T



Semua ibu-ibu pun rasa mama rasa ke? Mama rindu juga Faris yang dulu. Tapi kadang-kadang tengok Faris membesar mama rasa bangga.


Inilah kurniaan Allah yang tak terhingga, Faris Daiyan ;)




Terima kasih tuhan. KAU berikan aku salah satu warna pelangi. 


+ By +