Wednesday, February 6, 2013

Faris 10 Bulan.

Blog aku ni kalau tak pergi jalan-jalan maka sunyi lah..hahaha tak pun cerita pasal anak..cerita pasal erobik. Hahahaha ok lah kan? Aku buat blog ni pun untuk tua-tua nanti.Untuk baca kenangan. Aku jarang nak menulis kenangan dalam diari sekarang. Ntah lah mood ketuaan kot.  Kalau tak kena hack hiduplah blog ni.. Kalau kena hack, aku buat yang lain je. Hahaha. Hack konon macam lah blog ko glamer..puiiiii :P.


Hurm...ok kita cerita progres Faris untuk 10 bulan ya.



Dah makin besar anak bujang aku..makin banyak juga lah akal dia -_-. Tapi seronok kadang-kadang. Ye la dah la kuat makan. Kalau bagi makanan siap dia nyanyi kadang-kadang. Nyanyi lagu apa? Ntah aku tatau..dah keluar bahasa 'german' mak terus tak paham. Hahaha.


Air pun tak nak minum dalam botol baby..puas dah ajar.Nak minum pakai gelas tak pun botol mineral. Ohhh dasar tak sedar diri macam mak nya :D. Ko tu kecik lagi nakkkk. Sila lah ada ciri-ciri baby skit. 



Tidur dia akan sharp sebelum pukul 12 malam. Dan akan bangun pada 8 pagi atau 8.30 pagi. 


Pastu siang dia akan berkemas macam ni....










:D. Boleh jadi mak kurus! Mak suka! (kuruslah sangatkan, sukalah sangat kan -__-")


Dah pandai merangkak dengan lajunya. Oh ya..Faris memang lambat sikit merangkak. Bontot berat kot. Hahaha. Kalau orang tanya..."dah boleh merangkak?".. Aku sendiri tak malu cakap belum pandai merangkak. Sebab, aku percaya lain anak lain keistimewaan dan kelebihan. Kan?



Tak suka lah orang nak melawan-lawan pandai apa..pastu kutuk. Errrrrr sungguh tak faham orang sebigini. Anak ko jelah yang pandai kan! Eh kelain pulak tajuk. Hahaha.




Dah pandai bye-bye. Tapi bila time malas dia buat muka sombong.


Dah pandai makan keropok ikan macam orang tua :D.


Dah pandai makan biskut dengan sopannya. Takdelah pulun semua masuk dalam mulut.


Dah pandai minum tanpa terbelahak. 


Dah pandai nak lepas tangan. Ha ni aku geruuuuuuuuuuuun. Takut dia jatuh.



Dah pandai main pedang. Ye la anak lelaki kan. Kalau main pedang dengan abang Suci dia..amboiii kemain suka.



Ermm apa lagi eah? Rasa itu sahaja dapat berkongsi bersama. Hihihi. Tiba-tiba blank dowh. haha







+ By +

No comments: