Tuesday, March 19, 2013

Ais krim goreng.

Bila tiba musim panas mulanya meroyan mencari resipi yang sesuai dengan tekak. Aku tak tahu lah kenapa, asal musim panas..mood nak makan nasi pun berkurang. Korang pun macam tu juga ke atau aku yang spesis agak ganjil skit? :D



Fikir punya fikir mesti try resipi makanan kesukaan suami. Baru ada mood nak memasak kalau orang tu makan makanan yang kita masak. Paham tak ayat ni? Hahahaha.



So kita try resipi aiskrim goreng. Setelah di-google, rupanya senang je nak buat. Tak pernah nak ambil tahu pun macam mana nak buat. Order makan order makan. Haih.



Bahan-bahan:

Dua keping roti dan satu sudu aiskrim. Dah itu je ok.





Kemudian tekap dengan permukaan gelas. Jadilah sebegini. Ha senangkan? Then packing, masuk dalam freezer. Jangan goreng terus. Kalau simpan seharian lagi sedap tahu sebab aiskrim tu betul-betul beku. So tak cair sangat kalau digoreng.

Then kalau nak makan just goreng je dengan minyak yg banyak dan panas. Jadilah seperti ini.




Rangup-rangup lepas tu aiskrim meresap kat dalam tekak. Aduh. Sedap kan makan musim panas ni. 3 biji pun boleh habis. Hahaha dasar.



Nanti kita share dough pizza ok! 

+ By +

1 comment: