Tuesday, April 9, 2013

Bila anak dah nak dapat kaki.

Dah setahun Faris tapi masih ta boleh jalan. Just berdiri lepas tangan pastu nak langkah dia duduk. Hehehe.Lambat sikit nak jalan, tapi merangkak ya ampun laju!


Semalam dah pecahkan mangkuk 2 biji. Seriau mak nak! Dia pergi bukak almari lepastu tarik pinggan. Terus berlari aku tengok mata segala. Nasib serpihan tak masuk mata T___________T. Kesudahan nya dia takut aku marah, nangis-nangis lepastu tertidur sampai pagi. Almari semua abahnya dah ikat dengan tali rafia. Huhuhuhu. Takpelah rumah macam kedai runcit pun janji Faris selamat.



Hurm Faris ni kalau tengok, dia rapat dengan aku. Bangun cari aku, tidur pun cari aku. Kalau aku bangun cepat je dia sedar then tercari-cari. Terpaksalah aku berlakon buat-buat tidur. Hahaha. Nak banding penat menjaga dengan masa baby dengan sekarang, sekarang adalah lagi PENAT. Sebab, Faris dah banyak akal. Ada je la dia nak buat dan kutip.



Takpe itu semua pengalaman besarkan anak kan?



Kalau time berjalan memang banyak dengan abahnya sebab mama nak fokus untuk shopping hahahaha. Dah jarang dia nak berdukung sekarang ni. Tapi kalau dah 5 jam berjalan dan duduk dalam stroller, dia jemu juga. Alhamdulillah so far boleh kawal lagi. 



Time makan. Dia ok kalau duduk kat baby chair sekali. Yay! Macam mana tips? Kena letak dia dari dia boleh duduk, InsyaAllah dia nak.


Menonton wayang masih belum try waktu dia setahun ni. Nak try juga tapi tak ada cerita yang menarik sangat. Tengok kat rumah sahaja. Tapi, kalau kat rumah memang tak tertengok sebab Faris busy ke sana ke mari. Tahu je lah kat rumah kan, banyak benda dia boleh buat -_-".



Business pun baru start bulan ni. Masih aktif ...Tengah cari masa dan betulkan masa.. dengan Faris nak membesar, dengan kerja dengan orang... Mau terkangkang juga aku khennn. EH dah tercerita pasal business lak hewhewhew. 


Apa apa pun terimalah .....























Hoodie dari ByHijabStyle sendiri. Alhamdulillah ;)




da!





+ By +

No comments: