Kalau dulu minat bermain gitar...beli gitar. Ya aku masih simpan gitar yang dibeli di Bandung. Masih elok, talinya dah tukar kepada yang lebih baik dan ada dalam pegangan Nina sekarang. Ada masa aku juga akan test jari aku supaya lembut untuk memetik gitar. Tapi biasa, masih tidak pro :D.
Minat berubah? Tidak sama sekali. Masih sama. Dan sekarang aku berkecipung pula dengan minat baru. Baru yang tak baru sangat lah sebenarnya hahaha. Maybe aku ikut mak aku. Suka menjahit :D. Kalau dulu selalu pinjam mesin jahit mak yang lama. Guna kaki dan pusingkan guna tangan. Ya sangat-sangat manual. Setakat jahit sarung bantal (jahit lurus) tu lepas la. Nak buat baju kurung ke masih tidak lepas. Dan kebetulan aku buat business jual baju, so aku kena tahu selok belok asas jahitan. Betul tak?
Tahun ni hati memberontak sangat nak mesin jahit :P. Sampai pergi sana pergi sini 'usya'. Pernah frust sebab mesin jahit yang aku minat dah habis stok. Google punya google jumpa ada satu kedai ni.So ajak wak pergi 'usya'.
Alhamdulillah bagaikan pucuk dicita ulam mendatang. Cewah! Happy kemain rasa sebab kedai tu ada mesin yang aku nak! Dan pulaaaaa dapat dengan harga promotion! Teruja tak? Hihihi.
Pergi sana suruh dia demo. Confirm beli! :P. So dia ajar aku masukkan benang. Setting-kan benang. Demo sulam dan aku sendiri boleh test mesin tu. Wiwiwiwiwiwi. Ketar tangan aku masa test tu ok! Hahaha. Punya lah teruja.
Inilah cinta hati beta.
Yes boleh buat sulam!
Eh eh yang berbaju kuning tu bukan cinta hati beta. Hahaha. Mesin ni juga boleh jahit tepi, dan pelbagai lagi. Best tak?
Aku beli ni sebab untuk personal je. Just nak jahit untuk diri sendiri. Tapi kalau ada tempah selai dua apa salahnya. Kehkehkehkeh.
Ini hasil sulaman dari mesin jahit tu.
So task pertama, mak aku dah kasi.
1. Jahit sarung bantal (again walaupun dah pandai).
2. Langsir karbinet rumah kat kampung
dan yang paling susah
3. Jubah Faris.Aku yang tempah maut sebenarnya...rela hati nak buat. Hahaha. Matilah matilah.
Doakan usaha aku berjaya ok! So far belum sempat buat lagi sebab meja mesin jahit belum ada. Hahaha. Dunia, kau lihat lah perempuan ni demand ok! Padahal leh je guna meja lain.
Ok sesiapa yang nak mesin ni atau nak beli mesin lain, ini contact kedai tu. Just call ok.
Harga korang runding-rundingkan lah ;)
Ops lupa. Thanks love!
+ By +
3 comments:
Berapa harga ni by...
Berapa harga ni bai?
Permata Scarf : dapat harga promotion :D 1+++ hehehe
Post a Comment