Showing posts with label menjahit. Show all posts
Showing posts with label menjahit. Show all posts

Friday, November 22, 2013

Bila stress...

Dulu.

Aku selalu baca novel untuk hilangkan stress. Tapi, tabiat itu sikit-sikit aku tinggalkan walaupun masih lagi membeli kalau nampak novel baru -___-". Bukan lah kikis sampai buang minat itu, cuma aku tak ada masa sangat nak concertrate dekat novel. Nak-nak aku jenis yang membaca tak boleh berhenti. Kalau berhenti aku tak lena tidur asyik dok fikir apa akan jadi seterusnya. Lepas itu, kalau tang sedih, aku duk nangis sengsorang. Hehehe. Tak jadi kerja aku jadinya.


So. 


Aku ubah sikit tabiat itu. Aku jenis tak suka sangat termenung duduk fikir masalah..nak-nak pasal kerja. Lagilah. Boleh tegang urat dan muntah hijo. Baik aku buat sesuatu kan? Wak pun selalu pesan, make its easy and let it go.



Aku start dengan tabiat suka menjahit =D. Macam seronok je tengok mak aku duduk menjahit lagi walaupun dah tua. Untuk diri sendiri bukan orang lain. Macam-macam dia buat..buat pemegang periuk la. Siap buat untuk anak-anak, sorang satu. So aku belajar sendiri. Buat pola, cantum jahit ikut dan aku =D. 



Bila jadi itu, seronok sangat! Serius. Tapi bila salah cantum, kau boleh mengamuk dan..terus campak ketepi dan tidur. Hahahaha!



Dengan pupuknya tabiat suka menjahit, aku adakan bilik khas untuk menjahit. Takde lah jarum ke ape tercicir sana sini. Ngeri je bila baca budak tertelan jarum...x-ray, jarum tu ada kat dalam perut. Haish... Dah ada bilik pun kena jaga. Buatnya Faris masuk sesorang...capai itu ini..hurmm dah tak nak fikir. 


Bilik menjahit aku.


Inilah dia bilik menjahit itu. Kecik je. Cukuplah untuk menjahit sorang-sorang. Kipas pun kecil je. Hehehe. Barang-barang yang agak bahaya aku letakkan dalam bekas pink putih kat atas itu. Menjahit salah satu tabiat yang aku sedang pupuk dalam jiwa aku skang ini. Ecewah! Tabiat lain yang aku pupuk adalah....



Memasak gaya masterchef! Hahaha Poyo sangat yang ini. Tapi betul, aku main-main masterchef...siap set time. Huahuahuahua. Lawak plak...kejap ke peti, kejap ke dapur =P. Last-last siap, senyum sorang-sorang dan makan. Mana tak naik badan itu  -__-". Oh ya. Siap letak gambar kat instagram ya! :P.



Hati-hati dengan tabiat memasak ini. Sekali berkilo-kilo ko boleh naikkan berat badan. So aku pratikkan yang berasaskan diet. Korang percaya ke aku asyik masak untuk masakan diet ??  Kalau percaya, bagus. Hahahaha.



Okla, bye!



+ By +

Friday, July 12, 2013

#DiyProjectBy : Jubah lengan pendek Faris.

Perasan tak setiap tajuk, kadang-kadang ada tanda #(hashtag)? Ni sebab, hashtag tu ada digunakan untuk instagram aku. Korang boleh search, tengok jumpa tak?


OK. First DIY projek ni sebenarnya adalah sarung bantal kekabu. Nanti dah siap, insyaAllah aku akan tunjuk kat sini :). Sarung bantal itu, adalah first task dari mak sebab aku baru belajar menjahit. Mak lah cikgu ku hewhewhew. Tak pergi kelas menjahit pun. Ingat nak pergi juga. Ye la ilmukan, lain orang lain pembelajaran dia. Tapi, belum ada rezeki untuk pergi ke kelas menjahit.


Lepas siap sarung bantal, terus aku buat task ke-3. Sebenarnya task ke-2 adalah menjahit langsir kabinet. Tapi, aku lupa mana aku letak ukuran. Hahaha so lepas ni lah baru aku menjahit langsir kabinet tu. 


Task ke-3 adalah Jubah lengan pendek Faris. First step pun dah menggeletor weh! Mana pernah jahit baju! Sangat-sangat perlu menggunakan mental. Hahahaha


Ok first kita lukiskan pola. Aku ikut ukuran jubah Faris yang sedia ada.


Dan siap lukis, potong kain ikut pola. Nampak? Aku guna pola guna kertas suratkhabar je. Hahaha. Almaklumlah cikgu aku pun guna kertas suratkhabar. So, kena ikut :P.



Pola mestilah dipotong lebihkan seinci. Sebab, nanti kita nak jahit lagi kan.


Jahit tepi. Bolehlah kan untuk pelajar yang baru nak belajar :P. Tapi, macam pelik la hasil dia tak jadi macam bangla yang demo kat aku tu. Apsal dia jahit kemas?? 



Maaf tiada gambar untuk cantum-mencantum baju sebab aku dah tak sabar. Nak siap cepat. Hahahaha. lagipun ada peristiwa salah cantum la, terbalik la. Hahaha.


Tapi siap juga lah dalam 4 jam aku menjahit. Huhuhuhu.


Amacam? Perasan tak bahagian leher adalah sangat-sangat teruk Tak kemas! Pergh susah ok bahagian leher. Kena guna kesabaran yang maksimum!


Ok ok nak tengok Faris berdiri sambil memperagakan baju ni??








Ok persembahkan..

Model Faris bersama Jubah beliau. hewhewhewhew.



+ By +

Thursday, May 23, 2013

Minat baru, hobi baru...cinta hati baru.

Kalau dulu minat bermain gitar...beli gitar. Ya aku masih simpan gitar yang dibeli di Bandung. Masih elok, talinya dah tukar kepada yang lebih baik dan ada dalam pegangan Nina sekarang. Ada masa aku juga akan test jari aku supaya lembut untuk memetik gitar. Tapi biasa, masih tidak pro :D.


Minat berubah? Tidak sama sekali. Masih sama. Dan sekarang aku berkecipung pula dengan minat baru. Baru yang tak baru sangat lah sebenarnya hahaha. Maybe aku ikut mak aku. Suka menjahit :D. Kalau dulu selalu pinjam mesin jahit mak yang lama. Guna kaki dan pusingkan guna tangan. Ya sangat-sangat manual. Setakat jahit sarung bantal (jahit lurus) tu lepas la. Nak buat baju kurung ke masih tidak lepas. Dan kebetulan aku buat business jual baju, so aku kena tahu selok belok asas jahitan. Betul tak? 



Tahun ni hati memberontak sangat nak mesin jahit :P. Sampai pergi sana pergi sini 'usya'. Pernah frust sebab mesin jahit yang aku minat dah habis stok. Google punya google jumpa ada satu kedai ni.So ajak wak pergi 'usya'. 



Alhamdulillah bagaikan pucuk dicita ulam mendatang. Cewah! Happy kemain rasa sebab kedai tu ada mesin yang aku nak! Dan pulaaaaa dapat dengan harga promotion! Teruja tak? Hihihi.


Pergi sana suruh dia demo. Confirm beli! :P. So dia ajar aku masukkan benang. Setting-kan benang. Demo sulam dan aku sendiri boleh test mesin tu. Wiwiwiwiwiwi. Ketar tangan aku masa test tu ok! Hahaha. Punya lah teruja.


Inilah cinta hati beta.

Yes boleh buat sulam! 

Eh eh yang berbaju kuning tu bukan cinta hati beta. Hahaha. Mesin ni juga boleh jahit tepi, dan pelbagai lagi. Best tak? 


Aku beli ni sebab untuk personal je. Just nak jahit untuk diri sendiri. Tapi kalau ada tempah selai dua apa salahnya. Kehkehkehkeh. 

Ini hasil sulaman dari mesin jahit tu.


So task pertama, mak aku dah kasi.

1. Jahit sarung bantal (again walaupun dah pandai).

2. Langsir karbinet rumah kat kampung

dan yang paling susah


3. Jubah Faris.Aku yang tempah maut sebenarnya...rela hati nak buat. Hahaha. Matilah matilah.



Doakan usaha aku berjaya ok! So far belum sempat buat lagi sebab meja mesin jahit belum ada. Hahaha. Dunia, kau lihat lah perempuan ni demand ok! Padahal leh je guna meja lain.


Ok sesiapa yang nak mesin ni atau nak beli mesin lain, ini contact kedai tu. Just call ok. 


Harga korang runding-rundingkan lah ;)



Ops lupa. Thanks love!



+ By +