Monday, June 10, 2013

Sepetang bersama ♥

Haila mata. Macam nilah kalau tidur petang, malam mulalah payah nak tidur. Kepala pula duduk ingat mesin jahit. Memulakan biasalah..laju je nak menjahit itu ini. Lama-lama ha naiklah kemalasan. Macam blog ni gak. Hahahaha dulu kemain meng-update itu ini. Sekarang agak kedaung dah, tak macam dulu..satu hari up 3-4 entry muahahaha.



Ok sambil-sambil tak boleh lelap mata ni, marilah kita meng-update aktiviti petang (semalam) tadi. 


Saja bawa Faris pergi taman dekat Setia City Mall. Nak ajar dia berjalan atas rumput. 




Orang suruh jalan dia tolak stroller dia pula -_-"


Membebel je masa ni. Eh tetiba ada pengantin hahaha. Kecik je pengantin tu..agaknya kahwin muda kot. Eh cirita pasal pengantin pula kan :p



Faris dengan abah. Hurm abah ni terlalu sangat-sangat manjakan Faris. Tak boleh Faris nangis sikit sure la dia dukung terus. Cengeng jadi budak tu. 



Aku? Aku hati kering sikit. Kadang-kadang aku biarkan aja. Tapi tak adalah sampai selak budak tu aku biarkan.




Ok bebalik pada Faris. Faris dah banyak step dia dapat. Paling happy mestilah aku dan abah dia. Walaupun 1 tahun 2 bulan baru dapat jalan terkedek-kedek, mama tetap sayang Faris.Biarlah orang cakap anak aku lambat pun...aku percaya lain anak lain keistimewaan dia kan? Eh teremo pulakkk hihihi.






Mama dan Faris. Mama sayang Faris ketat-ketat. Nanti mama ada masa free kita berlatih lagi ok?



Bila dah ada anak ni... memang tak nafikan masa banyak habis untuk anak-anak. Yela kalau waktu kerja, pagi dah keluar malam je dapat jumpa dan cium-cium -_-. Masa lain tumpang kasih sayang orang. Tak apa lah Faris.. nanti mama abah kumpul duit, kita pergi jalan-jalan ok. 




Okla dah ngantuk. Bye!



+ By +

No comments: