Friday, June 7, 2013

Macam mana saya kerja, run business, jadi isteri dan jadi mama kepada (baru) seorang anak?

Inilah kerja sehari-harian. Kerja, balik kerja run business..jadi isteri dan seorang mama. Senang? Tak senang sebenarnya...semuanya adalah terletak pada pengurusan masa. Ecewah ayat! 


Kalau ikutkan ramai je wanita yang dah berkahwin ada anak dan kerja sambil-sambil melakukan business ni. Ada lagi hebat! Sangat-sangat kagum, Aku ada anak sorang pun aku rasa agak tercirit. Hahahahaha. 


Ok nak cerita sikit pasal rutin business. Selalunya business dilakukan pada waktu malam dan cuti (Sabtu Ahad). Waktu malam aku akan selalu shoot collection dan set time untuk update pada siang harinya. Kadang-kadang tak sabar, tengah malam pun aku upload :D.


Waktu kerja...kalau busy memang kadang tu tak sempat... aku akan jenguk pada waktu lunch. Kalau agak lengang...aku jenguk juga. Hehehehe. Tak kisahlah kan..janji aku siap kerja. hewhewhewhew. Kalau busy sangat aku curi masa jenguk waktu mengepam susu :D.


Then, tanggungjawab seorang isteri nak taknak kena juga buat. Siapa yang taknak syurga? hahaha. Mestilah nak :P. So kadang-kadang aku masak..lepas masak aku concerntrate juga kat busness. Tu kadang-kadang...bukan setiap hari aku shoot..aku ngadap 24 jam web atau order. Ada masa tertentu.


Anak? Mestilah fokus juga. Faris nak membesar oiii. Takkan lah aku nak abaikan tanggungjawab tu kan? InsyaAllah aku cuba sebaiknya untuk bahagi masa untuk Faris.Kalau pergi ke mana-mana pun aku bawa dia. Tak sanggup nak tinggal lelama.


Faris tolong tak? Alhamdulillah setakat ini dia tolong....



TOLONG KACAU!!!! Hahahaha. Budak nak membesar memang suka tolong kacau -__-".

Tolong adjustkan kaki mama.



Tolong betulkan baju mama.



dan kadang-kadang dia pun nak photoshoot sebagai GANGSTER KAMPUNG DUSUN. Hahahaha. 

Macam tu la Faris. Hehehehe.


Tapi semua tu tak jadi masalah. Kena sangat-sangat pandai bahagi masa. Dan yang penting...kena ada kemahuan. Bila ada kemahuan di situ ada jalan ;).



 + By +

No comments: