Thursday, September 12, 2013

Pangkor 20-21st Apr 2013

Ceh ini cerita bulan 4 ok. Hahaha. Baru nak cerita, aci tak? :P . Ingat tak cerita jalan-jalan ke KUANTAN? So ini adalah rentetan usaha untuk Faris tidak takut kepada laut-laut. Air dia tak takut pun...cuma laut, hurrmm dia agak takut. Mungkin sebab laut tu luas, bila lepaskan dalam laut..Faris macam cuak. 


Sorry kepada sesiapa yang cakap aku paksa anak. Bukan ya...ini adalah latih tubi. Hahaha. Aku nak bagi Faris explore. 


Ok sambung.


Unplanned short vacation sebenarnya. Khamis atau hari Jumaat sebelum 20hb tu, just cakap dekat wak Ajim.."Yang jom pergi Pangkor!"


Wak jawab, Jommmmmmmmmmmmmmmmm! Haha. Suka lah hati ini, cadangan diterima. Lagipun Pangkor tak adalah jauh dari rumah kitaorang, hanya 1 jam setengah tak silap. So kitaorang decide nak tidur sana semalam. Esoknya balik!  


Tak booking tak apa main gamble. Hehehe.


Ececece Faris beach boy la sangat kan? Hehehe


Kitaorang pergi dalam pukul 10 pagi, sampai pukul 12.00 tengahari sebab wak percaya waze dari bini dia. Maka sesat, KITAORANG MASUK KAT PORT! HAHAHAHA. Sampai-sampai nampak kontena, lori, kapal. Dah kenapa?? Haha.


Bila sampai kat jeti betul, ha masa tu semua kebulur...pergi beli tiket feri dulu then book penginapan. 

Tiket feri RM 10 dewasa. RM 5 kanak-kanak. Baby FREE.


Muka orang paling happy dapat makan. Raja makan si Faris ini. Pantang lapar, sure dia nangis.Tips nak jadikan dia baik duduk diam, bagi dia makan kenyang. Syurgaaa. Leh la shopping lepas itu tiada halangan. Hehehe.



Deretan kedai, kat jeti penuh kedai orang jual ikan bilis, makanan dan juga baju. Aku singgah masa balik je. Sebab, malas nak bawa ke Pulau.


Ok bila dah kenyang, kitaorang pergi kat jeti tunggu feri. Tak ramai sangat masa ini, tapi penginapan hampir habis. Maybe, orang lain stay lama kat sana.


Oh ya. Naik feri ke pulau adalah memakan masa 30 minit ya.



Dalam feri.


Dah sampai!!! Kejap je. Layan tengok permandangan, tup-tup dah sampai.


Kitaorang pergi ke penginapan dengan VAN PINK!! Sesuailah dengan aku yang suka warna pink ini. Tak ingat berapa RM. Tak silap 20 je kot.


Kitaorang tidur kat PURNAMA BEACH RESORT. RM 110 satu malam. Murah?? Bagi aku murah sebab dia sediakan penginapan yang selesa dan luas!


Beginilah rupanya penginapan kami. Dah macam rumah kan?? Nak yang design kampung, tapi dah habis T___T. Takpe lah yang pun ok :)


Ni pula bilik dia. Luas?? YES! Selesa?? YES!! Dua katil queen! Ok sangat-sangat.


Lepak-lepak dalam bilik. Dodoikan semua kesayangans sampai tidur. Eh laki ai tak dodoikan lah. Tidur sendiri! Hahaha.

Ok dah tidur, mama dan Nina time! Shopping! Hihihi.


Ohhh tenbamnya muka masa ini T______________T!


Ada burung Rajawali dekat resort. Rasanya burung ni liar kot, bukan yang pelihara.



Kedai tepi pantai. Banyak kedai kat sini. So jangan risau untuk makan, terlupa bawa baju?? Semua boleh lah cari kat sini. Harga tak adalah mahal.


Sambil jalan, sambil survey package snorkerling untuk esok pagi :). Tak silap RM 80 kot untuk semua. Haih lupa dah lah. Banyak package sana, dan sesiapa nak pergi try la tawar menawar. InsyaAllah dapat murah. Hehehe.


Dah penat jalan, balik resort. Time rest. Petang sikit, pergi pantai! Main air. Hehehe.


Tepi-tepi pantai camni Faris boleh la main. Cer bawa ke tengah sedikit. MERAUNG hahaha. 


Dah main air dalam 2-3 jam, balik mandi. Lepas itu, bersiap pergi makan tepi pantai sambil layan angin-angin sepoi bahasa.

Kitaorang try Seafood Rasa Sayang. Boleh pilih sendiri nak ikan apa, sotong, udang dan ketam.

Jalan-jalan kejap, lepas itu balik lepak dalam bilik dan tidur. Aku paksa semua orang tidur awal, esok dah nak snorkeling. Sana tak ada time untuk snorkeling, ikut suka korang je. 


HARI KEDUA

Sarapan dulu sebelum pergi snorkeling. Kasi perut kenyang. Kitaorang try kedai makan ala-ala kampung. Sedappp dan murah! Lokasi, dekat je dengan pantai. 

Snorkeling time! Oklah...air cerah sangat kalau dibandingkan dengan pulau yang aku dah pergi. Tapi lain tempat, lain keistimewaan nya dan pengalaman. Kan?

Kitaorang lepak sampai 4 jam tak silap. Sampai Faris tertidur kat sana. 


Lepas puas snorkeling kitaorang balik ke tepi pantai...layan mainan kat situ pula. Hihihi. Dah letih dan puas baru lah balik ke hotel. Bersiap untuk balik :).



Yeah! Akhirnya sampai ke Pangkor! Hihi. Kalau boring boleh pergi lepak lagi. Haha sebab tak jauh pun dari rumah...!





+ By +

No comments: