Thursday, July 18, 2013

Jalan-jalan Kuantan, Pahang.

Ni pun cerita lama gak. Hahaha. Bulan 3 kot pergi. Since Faris takut air laut, aku adalah bawa pergi pantai. So haritu kebetulan balik kampung, aku ajak wak pergi Kuantan :D. Alasan baik nak ajar anak biasa dengan laut. Padahal maknya yang lebih nak jalan-jalan cari makan kat Kuantan sebenarnya. Hahahaha. 


Dah lama tak pergi Pantai Teluk Cempedak (PTC). Dah banyak kelainan. Cantik ok.


Sampai-sampai ada sekumpulan pelajar, golongan pelajar sekolah rendah kot. Sebab semua macam nampak kecil-kecil. Diaorang belajar karate kat tepi pantai ok. Dulu aku suka berangan dapat sekolah tepi pantai, office kat tepi pantai. Sebab, aku suka pantai. Bagi aku pantai boleh buat aku tenang. Best hoiii nak pergi kerja, jalan dulu tepi pantai. Hahaha aku memang lebih sikit bab berangan :p. Bak kata FynnJamal, berangan itu free. Hehehe.



Ok tengok ini, best kan?

Best!! Aku suka sangat kalau belajar tepi pantai. Mood dia terus rajin tahap maksima. Ecececee.



Pasir putih, gebus.


Tak sempat nak pergi belah hujung tu. Ada macam jeti nak ke sana. Nanti next time boleh pergi lagi.


Kat tepi pantai itu, ada orang jual barang-barang. So boleh cucu mata :P.


Faris dan abah. Serius tak macam dulu. Aku pergi seingat aku erm....berapa puluh tahun yang lepas. Hahahaha. Masa tu, kedai persisiran ni tak ada lagi. Kotor. Tapi sekarang masyaAllah terjaga betul.


Budak ini kena slow-slow bawa turun ke Pantai. Hahaha. Takut ok. Kalau duduk jauh macam ini kemain dia gelak, sampai pasir pun dia makan -_-".


Bila turun. Ha tengok tu...drama sangat kan? Hahaha. Start dah mengada dia :P


Ok naik balik snap-snap gambar. Hahaha.


Lepas itu, pujuk suruh turun jalan kaki. Sikit demi sedikit ke ombak. Hahaha sedar-sedar Faris dah ke ombak. Ok je kan?  Tapi lepas itu kena ombak besar, ehek ehek balik. Hahaha.

 
Antara kedai di persisiran pantai.



Ok dah bila semua orang lapas kebulur tahap dewa...Kitaorang berangkat ke Tanjung Lumpur. Pergi Ana Ikan Bakar Petai.
 





Ok tak boleh nak teruskan, sebab tengok gambar makanan. Hahaha lapar terussssssssssssss! :P





+ By +

2 comments:

Cik Eka said...

ada pepahat !! arghh dapnyerrr...

eka mmg suka makan benda tu. hehehe

lain lah dah PTC tu. Eka pegi tahun 2011 kot.Lain.

Byzura Mj (By) said...

Cik Eka : Sama lah suka sangat pepahat. Nak nak yang baru. Manissss!