Siapa yang mengikuti dan perasan dalam instagram dengan facebook aku, aku ada gebang pasal ini. Wahhh giteww. Nak gebang kat semua tempat kan? :P. Tapi ada yang tak tahu pertandingan apa aku sertai. Hihihi.
Sebenarnya, pertandingan 10 fashion designer untuk program realiti Sunsilk Hijabku Gayaku. Ceritanya macam ini, aku sahaja hantar rekaan aku kepada pihak sunsilk. Ermm dalam sebulan kot, aku dapat panggilan dari Melissa, dia call cakap aku dapat masuk 30 top fashion designer untuk program Sunsilk. (Dalam hati macam percaya tak percaya).Then, Melissa cakap nanti ada audition macam interview je. Ok la macam tu. Then bila aku setuju, dia hantar email. Email adalah seperti gambar di bawah,
Percaya? Dah dapat email, perlulah percaya....BETULLLLLLLL! Nak nangis ke nak suka ke nak nebes ke semua dalam 1. Huahuahuahua.
Cerita kat suami, suami suruh aku masuk pertandingan itu..eh aku dah kompemkan mestilah jadi sertai kan? Hehehehe. Okla lega, dengar dia boleh temankan. Faris, tinggal dengan mak. Sebab, masa itu mak ada kat KL.
Ermm, bila Melissa cakap macam interview minta kerja. Aku pun sedapkan hati aku...oh biasa-biasa sahaja la ni kot. Tak ada apa yang nak takut. Dalam hati, tuhan tenangkan hati aku...wuwuwuwu.
Pada hari kejadian. Aku dan wak bangun awal pagi siap dan terus pergi tanpa sarapan =D. Gila kan? Buatnya program tu sampai tengahari, tak ke berbunyi perut aku. OK wak berhenti dekat Shell Jalan Duta, belilah apa yang patut untuk alas perut. Tetibaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa, baju yang aku design tertingalllllllllllllllllllllllllllllllllll!!!!!. OMG patah balik. Habislah, mati aku kali ini..T_______________T. Kalau sampai awal leh tenangkan fikiran, usha suasana kat sana. Ni kelam kelibut?? Huaaaaaaaaaaaaaaaaa. Wak pecut semana yang boleh.
OK sampai-sampai, nasiblah orang lain pun baru sampai juga * lap air peluh.
Nak snaplah gambar dekat banner sunsilk tu, tapi macam malu..Macam aku je terkinjal-kinjal nak ambil gambar. Hahaha. So jaga susila, perlu duduk dengan sopan -__-.
Aku peserta ke 11. Lagi satu kejutan, ini bukan audition, interview macam BIASAAAAAAAAAAAAAAAAA. Audition dengan kamera dan microphone yang besar gedabak T___________________T. Apakah ini? Tuhan tolonggggggg~
Fuhhhh tarik nafas. Cool-cool je lah. Nak menggelabah tak menentu, macam orang gila plak kang kan?
Bila time aku, adalah mamat ini tegur aku.. dia cakap awak tahu tak ini program ape? Ni macam program realiti..macam runaway..awak kena siapkan task semua..Awak menjahit basic je kan awak tahu? Aku anggukkan je. Dia cakap dia nak orang yang pandai menjahit. Aku angguk lagi. Aku tahu basic je. Nak gempak aku tak tahu nak menjahit macam mana. Ok tak apa, kita cuba nasib..Mana tahu tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu kan?
Tahu tak laki tadi siapa?? Fashion designer terkenal, Rico Rinaldi!!
Ok cool lagi. Bila time masuk..ada 3 juri. Aku kenal sorang je, Showdown Host, Hafiz Hatim. Gambar tak adalah sebab wak ambil video, masa ini. Dekat instagram dia ada. Siapa nak skodeng boleh lah add wak :P. Hehehehe.
Dalam 10 minit kot audition tu. Then aku dipanggil interview lagi mengenai ok tak audition tu, puas hati ke tak dengan juri.
OK done. Lega rasa. So ambillah gambar sewaktu pulang :P.
Nilah design yang aku pertandingkan.
Result? Mestilahhhhhhhhhhh.....................
TAK DAPAT!! Hihihi. Sebab, dia nak pandai menjahit dan betul-betul pakar.
Ok lah tak ada rezeki, aku terima. Tapi if lain kali ada peluang, aku nak join lagi. InsyaAllah. Dah nak masuk 3 episod program Sunsilk Hijabku Gayaku, sekarang ini. Dekat tv9.Aku dah terlepas untuk episod satu T_________T.
Sedih juga tak mengikuti episod 1 tu..mana tahu ada muka aku kan? Hahahaha.
Ok la bye.
+ By +
No comments:
Post a Comment