Friday, December 27, 2013

Jumaat yang akhir.

Assalammualaikum...


Perasan tak hari ini hari last Jumaat pada tahun 2013. Banyak pahit manis suka duka tahun ini. Eh dah macam penghujung tahun aku buat entry ini kan? Hihihi. Alang-alang boleh lah merangkap entry ucapan akhir tahun =P.


Tahun depan Faris dah mencapai 2 tahun. Wahhhh cepatnya masa berlalu dan genap juga tahun perkahwinan kami ke 3. Alhamdulillah.


Macam biasa setiap tahun, banyak benda yang tak capai target lagi. Hope tahun depan ada lah capai target tertentu. Secara random banyak juga entry yang aku tak update dalam ini. Kalau ada kesempatan, tak jemu lagi korang membacanya walaupun dah rasa tempoyak cerita itu..hahaha...bolehlah aku upload nanti.


Tahun ini juga adalah peristiwa penting terhadap blog ini. Hahaha peristiwa ok! Gempak tak? Tahun ini aku ambil keputusan untuk menukar nama blog aku. Hurmmm...memang ada sesetengah kawan blogger aku dah banyak hilang. Banyak benda aku kena setting, cari semula link-link dan simpan dalam blog ini.



Tahun depan dengan azam baru, selalu update blog. Dan semoga diberikan idea untuk menulis dengan tidak timbulnya riak atau syak wasangka. InsyaAllah.



Kalau korang perasan, tahun ini banyak kita terima musibah...banyak benda Allah dah bagi warning kan? Ya Allah...eh dah taknak cakap banyak..nanti aku terkhutbah kat sini. Muntah hijau plak kan. Dengan diri sendiri pun tak menentu lagi.



Ok lah. Semoga kita dilindungi dan dijauhkan malapetaka. Amin. Amin.



Bye.


+ By +

No comments: