Last Friday, haaa ko cabut gigi bongsu terus pandai speaking :P.Kelas tak? Hahaha. Ok, perkara ini berlaku masa Jumaat lepas. Inilah pengalaman yang paling tak boleh lupa. Bukan sebab sakit cabut, tapi sakit sebelum cabut! Ya rabb! Cerita dia cam ini......
Hari Khamis, masa kat office dah rasa denyut-denyut...rasa macam berdesing telinga..tapi ok lagi masih boleh bertahan. Lepas je makan pain killer, lagilah lega. Tapi masa drive balik rumah dah start berdenyut balik. Ok lagi. Masih boleh tahan, tapi dah moody sikit-sikit. Hahahaha. Nasiblah masa ambil Faris, denyut kurang..boleh lagi berborak dengan pengasuh Faris. Buat nya berdenyut, sah aku bermasam durja -_-.
Malam itu, aku telan lagi pain killer. Berharap agar denyut itu kurang. Tak boleh nak makan apa dah. Minum air je sebab takut nak makan, takut sakit makin berleluasa. Hukhukhuk. Dalam tahan sakit aku tertidur. Maybe disebabkan lalok pain killer itu. Tapi.........start pukul 1 pagi perghhhhhh tak menahan! Denyut lagi! Eh macam orang contraction nak beranak plak kan? Hahaha. Denyut kali ini lagi melampau, aku nangis meraung ok. Terkejut wak tengah tidur. Tapi boleh plak wak sambung tidur semula. Haish. Bini tengah sakit, ko tidur lagi.... Ok sesi meraung bermula. Aku raung-raung cakap sakit.
Kejutkan wak. Wak pun tak tahu nak buat apa. Yelah sakit gigi kan. Nak tolong ape? Hahaha. Aku siap tendang-tendang dia...bagitahu dia, gi la buat apa-apa. Cari ubat yang power ke...ape-ape lah asal gigi ni tak sakit dah T_______T. Pastu boleh dia tanya, kedai mamak ada? Adoiii tak menahan! Time tu juga aku cakap, u nak i mati ke kalau beli kat kedai mamak? Kedai mamak kan ada jual tapi bukan yang tu...huhu Pergilah klinik. Hukhukhuk.
Maybe wak panik? Hahaha. Itu belum beranak. Kalau beranak normal camne la gamaknya kan?Lepas itu wak pergi klinik dan ambil pain killer yang power. Lega mak boleh tidur sampai pagi...
Keesokkan, pagi-pagi tanya dia...mana u pergi lama bebeno cari ubat. Tau dia jawab ape??Dia jawab.....I pergi mamak minum makan roti. Cis! Cool? Huh! Bini kesakitan kot. Hailah wak.
Dan pada hari Jumaat itu juga aku ambil mc dan cabut gigi bongsu. Siap kena jahit. Nanti bila nak buka jahitan ini, aku nak cabut lagi satu gigi bongsu.. huhuhu serius sakit gila. Baiklah cabut. Sekarang ini, cabut dah tak sakit uolss. Semua dah canggih, tau tau gigi dah cabut =D..
So inilah giginya.................
Ko ingat aku nak letak gambar? Tak kose! :P
Okbye!
+ By +
No comments:
Post a Comment