Thursday, January 16, 2014

Packing vs Unpacking

Hai korang!

Hari itu, berkobar-kobar nak update blog. Lepas tu stress tengok blog sendiri lepas tukar banner dan warna, aku tengok kat komen dah hilang. Hahaha terus mood kedaung la. So far sekarang aku nampak komen dekat imotiv je. Kat blog sendiri tak nampak. Sob sob. Setelah di kemaskini (cewah), sekarang dah ada kot? Cer try :P


Mood mesti lah dah ok sekarang. Tapi masih lemau sebab baru balik bercuti. Kebetulan haritu dapat tiket ke Bali pagi, dan hari ke-empatnya, malam so 4 hari suntuk kitaorang berjalan sakan. Sampai tersilap tengok waktu masa nak balik Malaysia. Nasib baik lah kan? Kalau tak free-free Air Asia untung. Hahaha.


Bila cerita pasal cuti mestilah berkobar-kobar nak packing barang. Gatal tangan, siap beli baju baru untuk pakai masa bercuti. Kan kan kan? :P. Packing adalah perkara paling laju bagi aku...cuma pening pilih baju je =D. So far baju Farislah terlampau banyak dari kitaorang. Pampers dia, susu dia, baju tidur dia, baju jalan-jalan dia...macam-macam lah kalau untuk budak kecik kan? Kang berpeluh dah melekit. Makanan tumpah dah kotor pula bajunya -___-".  Biar dia selesa baru syok jalan. 


Selalunya kalau berjalan dekat dan bawa kereta sendiri, aku selalu bawa beg kecil untuk Faris. Macam ini.



Faris dan beg kesayangan.


Tapi kalau berjalan jauh, aku satukan sekali beg wak ketut Ajim [nama baru selepas balik Bali, hakhakhakhak], aku dan Faris. Senang nak tolak. Buat nya aku terkejar-kejar kang susah. So better 1 beg je.


Itu cerita pasal packing. Kalau unpacking? Blup blup blup....





































BOLEH SAMPAI SEBULAN TAK MASUKKAN SEMULA DALAM ALMARI. Ni paling teruk yang pernah aku buat lah. hihihihihihi.


+ By +

No comments: