Tuesday, January 28, 2014

Superstar-Libra Cruise dan Penang [1]

Suatu hari sedang melihat apa yang ada kat groupon, tiba-tiba mata terpana melihat satu iklan...


Naik cruise! Jari jemari cepat menekan nombor telefon suami.

Hello, yang kat groupun ada iklan naik cruise!

Berapa?

500! 

Ha? Naik kat mana?

Penang.

Ok on!


(Si suami bagi lampu hijau*lompat bintang!)


Amacam, macam baca novel tak? Hahaha. Gitulah ceritanya di sebalik bagaimana dan di mana aku book package naik cruise. Yes, naik Cruise je. Saja nak merasa naik cruise, saja nak feeling Rose =P. Hakhakhakhak. 


Naik cruise di Penang dan check in pukul 3 petang. Kitaorang bertolak pagi sebab bajet memang nak pergi pekena makanan Penang. Singgah ke Kota Lama pekena mee goreng Hamed dulu. Kebetulan sampai-sampai hari hujan, memang sedaplah pekena mee goreng sotong kan? Dengan coconut shake plak tu. Memang aummm sangat!



*Merenjis airlio T__T


Dah pukul 3 petang, kitaorang pergi ke tempat check in. Tak jauh dari Kota Lama. Ramai rupanya yang naik cruise. Kitaorang di sambut oleh maskot naga. Hahaha. Kaunter dia ala-ala kauter kapal terbang. Tapi tak sebesar mana.  Sampai dekat pintu masuk, kitaorang diberi kad beserta nama masing-masing.



Canggihkan? Ke aku yang jakun? Ekekekek. Kad ini macam kad IC kita. Selama duduk dalam cruise kena ada kad ini dan yang paling best boleh bawa pulang buat kenangan! 


Dah dapat nombor bilik, kitaorang ke deck 5 di mana terletaknya bilik kitaorang. 


View perjalanan ke bilik. Ko tak rasa macam dalam kapal titanic? Ekekeke. Kapal titanic lagi besar la. Ini 3 kali ganda kecil kot. Tapi sebenar ini pun aku macam seriua dah. Tetiba terbayang karam ke, air laut masuk ke. Terbayang orang berlari-lari menyelamatkan diri macam dalam cerita Titanic tu.Hai terover imaginasi. Ha ha ha. 


Masuk bilik. Ok puas hati cuma tak adalah seluas mana. Cukup untuk kitaorang bertiga. Kira ok lagi sebab semalaman je tidur sini. Ruang bersih tapi tak macam bilik honeymoon la. Aku rasa kalau bilik honeymoon itu cantik kot. Oh tetiba macam nak merasa bilik excutive atau junior suite, macam dalam cerita Pisau Cukur tu. *hins hins =D.



Inilah biliknya. Ada 3 tilam ok cukup sorang satu :D. Satu tilam lagi kat dinding, kalau turunkan jadi macam katil double decker. Tapi kitaorang turunkan tilam tu sebab takut Faris jatuh, better turunkan ke bawah. Kalau anak ramai macam tak selesa sikit, better ambil bilik besar sedikit. Bilik air pun muat sorang sahaja. Bolehla 2 orang, kalau nak :D.



Lepas rehat-rehat, kitaorang berkeliaran ke deck 9 dan 10. Nak tengok view dari atas kapal. 


Deck 9. Ada swimming pool, twin hot tubs, pool bar. Boleh tengok map kat sini >> KLIK



Ni pula bahagian atas untuk tengok sunset. Cantik. Masa ini aku dah imagine kalaulah ke Phuket sure cantik permandang dia. OK tekanan kejap =P.


Lepas jalan-jalan, perut minta untuk di isi. Kitaorang ke restoran. Untuk makan malam, makanan Halal adalah berasingan dengan yang lain. Yang muslim di restoran, yang lain makan di Mariner buffet.


Esklusif kan? Dengan dendangan lagu romatik, ko rasa sambil makan sambil tidur. Hahahaha. Tak sangka tempat dia sangat-sangat esklusif. Dan lagi penting makanan best dan free (including package)!



Masakan jenis masakan orang penang. Nasi beriyani! Sedap!



Tengoklah si Faris makan bersungguh-sungguh. Abah dah macam style dato'-dato' baca suwatkabo dengan dendangan lagu yang romantik. Kuikuikuikui



Istirehat. Tak sampai 5 minit istirehat, anak aku melaboooor. Hahaha. So balik bilik mandikan dia.


Lepak-lepak kejap dalam bilik, lepas itu berkeliaran lagi ke deck 9.


Angin kuat gile masa ini. Sejukkkkk! Tengoklah rambut ayeh tu =)). Pipi tenbam aku pun dah jadi kecut. Hahaha. So tak tahan sejuk sangat, kitaorang ke deck 4.



Ada orang nyanyi-nyanyi. Feeling romatica de amour! 


Kitaorang lepak tak lama sebab memasing badan dah melekit dan nak berehat. So tak adalah ke kasino bagai. Hehehehe.



Dalam bilik boleh tengok view cruise bergerak. Siap dengan view depan cruise dan map! 


Oklah inilah sebahagian cerita dalam cruise. Next episod kita cerita pasal breakfast sambil tengok view kat luar dengan keadaan cruise bergerak!



Weeee!


+ By +

No comments: