Friday, July 18, 2014

Ramadhan Kareem.

Salam,

Tuptup kita dah nak habis menjalani bulan Ramadhan kan? Kejap je. Lebih kurang lagi 10 hari. Alhamdulillah setakat ini penuh lagi puasa. Harap penuh la kali ini :D.


Ermm cabaran mengandung dan berpuasa biasalah, LAPARRR hahaha. Tapi so far boleh kontrol lagi. Yang tak boleh kontrol waktu berbuka. HAHAHA. Semua benda pun nak makan, semua benda pun teringin. Itu pun dah kena warning dengan doktor...jaga-jaga nanti gula naik. Jangan beli kuih kat PARAM sangat ya, selalunya semua manis-manis -____-". CABARAN tau!


Sepanjang puasa tahun ini, adalah 3 kali je makan kat luar. Lain semua masak. Lauk kat luar tak memenuhi syarat perut ini. Lagipun kalau keluar, masyaALLAH tengok-tengok RM20 habis beli itu ini. Pastu tak habis. Fuhhh! RM 20 itu baru kuih + air hokeh! Hailah...nafsu semata. So masaklah lagi jimat kan kan kan? Pastu SEDAPPPPP ecececece. Puji diri sendiri plak :P.


Rutin sama sahaja dari sebelumnya. Cuma adanya Faris dan baby dalam perut. Letih itu memang letih. Alhamdulillah Faris tak pernah lagi meragam beria. Pasang program dia suka...dia duduk la depan tv. Cuma, sesekali je la buat naik hal. Faris ambil penyapu dan sapu kat ruang tamu pastu penyapu tu campak entah kemana. HAHAHA. Lantakla..janji tak ganggu aku masak.


Setiap kali nak sambut Ramadhan, mesti wak ajak pergi pusara arwah mak dia. Mesti bawa Faris :). Kali ini, Faris dah besar mesti dia akan lebih faham. On the way masa pergi pusara mak wak, aku saja suruh wak belikan bunga...Nak ajar Faris tiap kali pergi jenguk...ziarah biar ada bunga. Hehehe sweet kan? Ajar dia taburkan atas pusara.... ni ada gambar aku snap untuk kenangan Faris :).



Bila aku cakap, Faris susun cantik-cantik atas nenek. Dia ambil pastu tanak macam tanam pokok. HAHAHA. Kemain dia marah aku, kalau aku kacau. Konon lawa sangatlah dia susun tu. Hihihihi. 



Kusyuk susun bunga :).



My sweet son :). Love u.....


Last. Tadaaa masa ni, 27 weeks tak silap. Sekarang dah 29 weeks! 



Semoga dipermudahkan segalanya dan diberi kesihatan yang baik-baik sahaja. Amen. 


Bye. 



+ By +

No comments: