Thursday, July 24, 2014

#DapurBy: Nasi minyak hijau.

Salam,

Hihihi.

Dah nak habis Ramadhan, baru tergedik nak update resipi kan? Ala takpe la. Untuk simpanan diri..tak pun siapa yang berkenan try, boleh try masa raya ni. Pagi raya? Yums! Hihihi.


Kali ini, nak share resipi nasi minyak hijau (sebenarnya takde pewarna kuning, tu jadi hijo :P). Teringin sangat nak berbuka dengan nasi minyak aritu. So, buatlah. Ni cabaran 45 minit masterchef tau, sebab lambat sampai rumah. Jalan jem! Ku gagahi jua buat. Nasib la bahan semua dah siapkan malam tu.



Nasi minyak hijau saya :). Simple je. Lauk kari ketam, ayam masak merah dan acar mentah. Cukup. Tu pun berselera anak dan suami makan :D. Okla ni  resipi nasi minyak hijau :



Bahan-bahan ~

Untuk nasi :
- Beras basmathi 2 pot
- susu cair setengah cawan
- air ikut kadar beras
- ayam dicincang halus*
- bawang merah dihiris halus*
- bawang putihdihiris halus*
- bawang halia dihiris halus*
- bunga lawang*
- bunga cengkih*
- kulit kayu manis*
- pewarna hijau (siap-siap letak dalam air beras)
- minya dalam 2 sudu 
-kismis

Cara-cara : tumiskan bahan yang bertanda *.  Bila dah naik bau. Letakkan air, secubit garam, kemudian beras dan susu. Oh jangan lupa daun pandan untuk naikkan bau. Last bila dah masak nasi, taburkan kismis. Siap. Mudahkan? Ok lah. Lauk pula sebenarnya ikut korang...suka hati ada yang nak ayam goreng rempah, dalca...macam aku, kebetulan ada ketam. Aku buat kari ketam dan ayam masak merah.  


Resipi kari ketam : 

- bawang merah 2 biji, bawang putih sebiji dan halia di blend/ditumbuk*
- bunga lawang*
- bunga cengkih*
- kulit kayu manis*
-serbuk kari*
- ketam
- lobak merah
- santan secawan
- air
- terung
- cili hijau besar
- daun kari 

Cara-cara : tumiskan bahan bertanda * sampai naik bau. Masukkan ketam tunggu sampai separuh masak. Kemudian, letakkan air,santan,garam, lobak dan juga terung. Bila dah agak masak, letakkan cili hijau dan daun kari. 


Resipi ayam masak merah:

-ayam digoreng terlebih dahulu
- bawang merah, bawang putih ditumbuk*
- cili boh*
- sos tomato dalam 4 sudu
-bawang holland

Cara-cara : tumiskan bahan bertanda * sehinga kekuningan. Masukkan cili boh, kacau sehingga garing sedikit dan kemudian, letakkan sos tomato dan garam sedikit. Kacau sampai sebati. Letakkan bawang holand yang dihiris dan akhir sekali ayam yang telah digoreng. Kacau sampai sebati.


Resipi acar mentah:

-timun
-lobak
-bawang merah
-gula
-garam secubit
-cuka
- cili api

Gaulkan kesemuanya. Siap!


Tada! Ok bye! Taknak tengok gambar lama-lama tau. Nanti kecur :P




+ By +

1 comment:

littlehumblelynn said...

Sedapnyalahhhhhh!!
Lap air liur!!