2008
Aku start menulis blog. Bagai nak gila la aku menaip. Satu hari pernah mencapai 5 entry! Ha ha ha.
2009
Penuh dengan entry emosi dan aktiviti harian aku.
2010
Tahun yang mencoretkan kenangan manis aku. Aku bertunang!
2011
Tahun ini dengan izinNya aku berkawin :).
2012
Kehadiran Faris pada tahun ini meberikan seribu kenangan. Banyak aku belajar sebagai ibu, isteri dan sebagai wanita kerjaya. Aku belajar juga erti kesabaran dan ketabahan seorang wanita. Cewah!
2013
Aku banyak habiskan masa dengan kerja, anak, jalan dan suami. Aku rasa dalam blog ini juga banyak entry tentang tumbesaran Faris.
2014
Sekali lagi tahun ini mencorekkan seribu kenangan dengan adanya permata hati bernama Farhana Durrah. Syukur aku kepada hadrat Illahi kerana memberikan amanah yang tak terhingga ini.
2015
Dan kini aku sedang belajar sebagai kehidupan seorang isteri dan ibu kepada dua anak! Huru hara kau! Ha ha ha. Belum lagi 3,4 dan 5 ehhh?? Ha ha ha.
Mama love both of you! Terima kasih menjadi anak mama. Dan masih boleh bertolak ansur. He he he.
Welcome 2015!
Semoga aku menjadi seorang yang matang dan matang dan matang! :)
No comments:
Post a Comment