Aku dah selamat bersalin baby girl pada 290914 (Isnin) Alhamdulillah :).
Macam tak disangka-sangka sebab due date 5/10. Tapi itulah kata orang tuhan yang tentukan semua kan? Tengah elok siang tu pergi Ikea dan malam pula tengah tengok AF sambil borak dengan mak... Aku tertanya-tanya masa tu bila la baby nak keluar. Lepas tu mak aku sampuk, bila-bila je..asal dua-dua selamat.
Tiba-tiba rasa something..pergi toilet, eh signal ke ni... mak pun suruh segera pergi hospital. Nasib la malam minggu..sah sah tak jem masa tu.
Sampai check dah 2cm. Ok lambat lagi la ni kot. So kena tahan ward.
Keesokkan pukul 7 pagi, nurse bawa pergi labour room.
Duduk la aku dengan wak dalam labour room. Tup tup pukul 12 tengahari nurse check..eh dah tiba masanya! Ya Allah rasa cepat sesangat. Kalau ikutkan aku maybe petang baru bersalin. Tawakal-redha-berdoa. Itu je mampu. Cuma sesekali ade minta air. Dahaga. Ngehngehngeh.
Masa dekat labour room. Kredit to wak.
Alhamdulillah kali ni boleh normal. Rasa macam mimpi. So sekarang i need to rest.... 44 days ;).
-Syukur-
+ By +
No comments:
Post a Comment