Dari ke sehari nak menulis. Tapi, hurm tak cukup masa bagi aku sekarang. Banyak melepak dekat instagram dengan FB. Tapi instagram pun macam dah sayup-sayup Hehehe.
Balik kerja, mandi,makan.. layan anak pulak.... anak-anak dah tidur aku buat kerja sikit. Walaupun Faris dan Durrah tak banyak ragam tapi biasalah dah jadi isteri, mak, badan mesti agak letih sikit la kan? Ada je kerja lain nak menghadap. Lepas itu, tidur lena dan mimpi pun jarang dah. HAHAHA.
Hurm betul kata orang, dah jadi mak kena cergas.. buat kerja laju-laju. Kejar masa. Mengemas rumah pun tak habis-habis lagi. Ada je kan! Aku dah jarang memasak macam dulu. Kikikiki itu yang aku notis. Aku kena betul-betul bahagi masa. Pergh baru 2 orang kan. Belum yang sorang lagi start sekolah.. haruuuu
-_-".
Sabtu Ahad pula penuh dengan aktiviti bersama anak dan rumah. Kesian pula kat Faris. Yela aku balik malam. Kadang-kadang je aku sampai nampak la lagi matahari. So masa ini lah aku nak spend dengan dia. Kalau hari biasa, aku biar je dia main dan lewat sikit tidur, Kesian dekat dia, dah la tiada masa nak main dengan mama dan abah dia ;(. Tapi itu pun kadang-kadang ya. Nanti nak sekolah susah pula mama nak gerak pagi-pagi.
So far Faris tak ada lah cemburu sangat bila dah ada adik ni. Tapi dia macam nak perhatian. Itu pun gap lama la juga kan? Faris macam rasa nak disayangi. Nak mama dia dengar dia cerita, tengok dia main. Ha macam tu la lebih kurang. Tak ada lagi acara pukul adik dia sebab cemburu ke. Hish jangan buat cam tu ya.
Durrah sekarang dah kenal abang dia. Aku decide hantar Durrah sekali dengan Faris dekat rumah pengasuh. Tak sanggup nak pisahkan. Aku tengok Faris dah pandai jaga adik, main dengan adik... :). Durrah pun bila tengok abang dia, tersengih-sengih. Sweet sangat tengok masa ni. Be a good abang ok.
Itulah antara perubahan yang aku lalui. Tu belum masuk tanggungjawab kepada suami. Sediakan makan untuk suami. Borak dengan suami. Banyak lagi ok. Semua itu kena agihkan dengan adil :).
Tengok la gambar ini. Tidur pun nak menyelit kan mama. Habis Abah? HAHAHA.
+ By +
No comments:
Post a Comment