Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Tuesday, March 1, 2016

Tak nak kawan mama... mama marah ayiss.


Assalammualaikum!


Every time bila marah Faris, macam tu lah dia cakap. Dia akan merajuk duduk jauh-jauh pastu taknak kawan. Sehari jugalah dia akan merajuk. Tapi aku jarang bagi dia merajuk satu hari. Sekejap je..pujuk dengan kedai RM 2 tu pun...JALANNNNNN hahahahaha.


Marah bukan sebab apa. Suka sangat sakat adik. Maybe cara dia menyakat tu macam bergurau. Tapi dia lelaki... kiranya bergurau kasar. Hehehehe!


Yang si adik kalau kena menyakat, mulalah... ma ma ma nok ni (mama tengok ni). Pastu ngeeeeeee nangis! Macam tu la kalau dua-dua mood angin sepoi-sepoi bahasa berlalu. Hahaha. Kalau tak, ok je main sama-sama. Adalah hari-hari diaorang tak berapa ok. Kejap ok.


Tapi kadang-kadang sebagai ibu, kesian tengok anak duduk jauh-jauh merajuk taknak kawan. Takut dia simpan dalam hati...mama sayang adik je tak sayang dia.. Begitukah???


I will fair with both of you ok. InsyaAllah :). Tiada kasih sayang berbelah bagi. Dua-dua (tiga, empat) akan sama. Kalau salah sorang anak mama baca ni... ketahuilah mama sayang semua :). Meh peluk semua! :-*.




 (Gambar bukti ayis suka sakat adik :P )





+ By +

Monday, March 16, 2015

Perubahan.

Hi!

Dari ke sehari nak menulis. Tapi, hurm tak cukup masa bagi aku sekarang. Banyak melepak dekat instagram dengan FB. Tapi instagram pun macam dah sayup-sayup Hehehe.


Balik kerja, mandi,makan.. layan anak pulak.... anak-anak dah tidur aku buat kerja sikit. Walaupun Faris dan Durrah tak banyak ragam tapi biasalah dah jadi isteri, mak, badan mesti agak letih sikit la kan? Ada je kerja lain nak menghadap. Lepas itu, tidur lena dan mimpi pun jarang dah. HAHAHA.


Hurm betul kata orang, dah jadi mak kena cergas.. buat kerja laju-laju. Kejar masa. Mengemas rumah pun tak habis-habis lagi. Ada je kan! Aku dah jarang memasak macam dulu. Kikikiki itu yang aku notis. Aku kena betul-betul bahagi masa. Pergh baru 2 orang kan. Belum yang sorang lagi start sekolah.. haruuuu
 -_-".


Sabtu Ahad pula penuh dengan aktiviti bersama anak dan rumah. Kesian pula kat Faris. Yela aku balik malam. Kadang-kadang je aku sampai nampak la lagi matahari. So masa ini lah aku nak spend dengan dia. Kalau hari biasa, aku biar je dia main dan lewat sikit tidur, Kesian dekat dia, dah la  tiada masa nak  main dengan mama dan abah dia ;(. Tapi itu pun kadang-kadang ya. Nanti nak sekolah susah pula mama nak gerak pagi-pagi.


So far Faris tak ada lah cemburu sangat bila dah ada adik ni. Tapi dia macam nak perhatian. Itu pun gap lama la juga kan? Faris macam rasa nak disayangi. Nak mama dia dengar dia cerita, tengok dia main. Ha macam tu la lebih kurang. Tak ada lagi acara pukul adik dia sebab cemburu ke. Hish jangan buat cam tu ya.


Durrah sekarang dah kenal abang dia. Aku decide hantar Durrah sekali dengan Faris dekat rumah pengasuh. Tak sanggup nak pisahkan. Aku tengok Faris dah pandai jaga adik, main dengan adik... :). Durrah pun bila tengok abang dia, tersengih-sengih. Sweet sangat tengok masa ni. Be a good abang ok.


Itulah antara perubahan yang aku lalui. Tu belum masuk tanggungjawab kepada suami. Sediakan makan untuk suami. Borak dengan suami. Banyak lagi ok. Semua itu kena agihkan dengan adil :).



Tengok la gambar ini. Tidur pun nak menyelit kan mama. Habis Abah? HAHAHA.



Da~



+ By +

Monday, December 21, 2009

De Palma, Shah Alam..

We(family) went to De Palma, Shah Alam untuk program jalan-jalan cari makan. My BIL belanja :D.

De Palma dah move ke tempat lain. Tak jauh mana pun, sebelah dengan bangunan yang dulu je.

Try Buffet. Lauk udang masak kunyit dia sedap!! Aku makan dua pinggan.*buncit perut* :D

Satu kelebihan De Palma, aku suka lauk-pauk dan ulam-ulaman. Masih mengekalkan kekampungan. Nak-nak ada ulam jering, petai danterung celur. Yumy!! Sedap jika makan bersama sambal belacan, cecaluk!!

Air, aku try air kendondong. Sedap! Sangat fresh!!

Lain-lain aku try cabonara pasta. Sedap gak! Sos cabonara tidak mengeciwakan aku. Selalu kalau melayu masak cabonara mesti dah campur-campur jadi rojak. Pandai-pandai je diaorang mengubah resipi. De Palma masih mengekalkan ke'western'an lagi. Rupanya senang je buat sos cabonara ni! Nanti coba :D.

Gambar makanan langsung tak sempat nak snap.hihihi..Aku sempat snap gambar mak dan anak dara tua je aku je.


Next trip ke De Palma Kuala Selangor! Nak ikut!! Trip ni lagi best sebab ada package. Package termasuk makan dekat rumah tepi sawah + tengok kelip-kelip + pergi ladang mangga.

Psst ..psstt.. My BIL nak ikot ya * kenyit mata sikit :P

Wednesday, June 10, 2009

Baik buruk beranak jarak dekat jarak jauh..

Cak! Aku kembali..hehehe tak sampai bape hari aku dah gatal tangan untuk membaca dan meluahkan coretanku mengarang di blog. Semalam, lepas kerja aku call mak aku tanye ape ade kat umah. Mak aku ckp ade pengat durian dan sebiji durian untuk aku! OMG! Pk punya pk aku terus ke rumah akak aku. Tak boleh tahan sey dengar pengat durian. Dah la aku tak dapat balik Muar bersama-sama mereka. Sekarang musim durian, so harus terjah ke rumah manusia sedara- mara yang mempunyai dusun durian. hehehe..

Ok berbalik ke tajuk asal. Selepas je aku melahap bagaikan orang kebulur bagai nak rak, aku pergi ke Tesco, Alam Setia. Mula nak beli barang untuk main masak tapi disebabkan mata dah kuyu tak jadi la..hehehe so jalan2 area situ. Sampai je kat ground floor, ade keretapi mainan tu. Ape lagi si Suci haruslah menjerit bagaikan suara Sinyu di situ. Mangsa adalah Nina, sebagai kakak haruslah menemani adiknya menaiki kenderaan tersebut. hahahaha! Nasib baik tak ajak Ichu, kalau tak pasti akan tercabut, melanting semua tayar keretapi tu dik!!

Sempat aku snap da pic. So layan~~




Suci beza/jarak ngan akak die si Nina tu lebih kurang 8 tahun. Lamakan Si Nina tu baru dapat adik? So dia agak susah melayani adiknya yang agak nakal seperti Sin Chan itu. Semua adik dia buat, dia akan marah. Nak nak bila die feeling2 kat bilik (biasela anak dara harus feeling2 kan?)..Kesian pulak si Suci tiada org nak melayan kerenah dia.. Susah gak beranak dengan umur jarak yang jauh ni. Susah nak masuk. Ye la si Nina alam remaja. Adiknya si Suci di alam Ben 10. Maybe besar baru ngam kot.

Macam akak aku dan aku. Beza antara kami adalah 10 tahun. Dia lagi manja dari aku, aku rasa :P. Mase kecik aku pun susah nak masuk ngan dia. Ye la die pon macam tak sangka mak aku terkeluar seorang lagi..hehehe. So dia kerja, aku masih lagi bersekolah. Tak banyak sgt borak. Tapi bila dah besar..Ha! Amik asal shopping @ jalan2 mesti ajak aku. Kami adalah sekepala berlainan perwatakan. Selalu je gaduh. Macam hanjing ngan kucing. Slalu je ayat ini keluar dari mulut dia " ko tu dah 27 bila nak kawin? Orang 24 dah kawin. Lagi 3 tahun nak 30 dah ". Aku dengan lantang bak suara adibah noor , "biarlah! Pedulik ape?? Org lagi 3 tahun nak 30, mu lagi 3 tahun gak nak 40! hahahaha! (gelak syaiton)". Terus senyap, agaknya mengiyakan kata aku. Hahahahaha!


haku dan Kak Ani


So sape-sape nak plan beranak dan beranak, aku rase jangan jauh sangat jarak tu 2-4 tahun aku rase ok kot.. :P