Showing posts with label Jalan Toko Tiga. Show all posts
Showing posts with label Jalan Toko Tiga. Show all posts

Sunday, March 20, 2011

Jalan Cibadak, Bandung. Awas B2B!!

OK tibalah masanya, entry khas B2B yang hendak ke Bandung dan merancang untuk membeli doorgift kat sana!


Nak beli doorgift di mana? Di Jalan Cibadak adalah jawapannya! Dekat je dengan Pasar Baru. Kitaorang singgah masa balik Tangkuban Perahu. Kitaorang sampai ke Jalan Cibadak, lagi sejam kedai nak tutup. Itupun dah banyak kedai dah tutup T.T.


Memangggg syurga doorgift kat sini. Banyak tau!! Sampai rambang mata nak pilih yang mana. Kedai dah la banyak. Jalan sini berkenan, jalan sana berkenan. Nasib kedai dah banyak tutup. Kalau takkkkkkkkkkk -_-".


Ha siapa yang belum dan bercadang beli beg doorgift, kat sini memang banyak! Comel-comel!! Geram je nak beli. Kalau ikut nafsu pembaziran.. grrrr tutup mata je la.


Ni pula antara kedai yang jual doorgift. Tak terjawab kat sana ada apa. Mana terlintas kat mata, aku boleh la jawab aku nampak apa. Banyak sangat. Aku sendiri rambang mata. Memang banyak!


So Liza, dah terjawab soalan. Liza, boleh terjah kat sini ok! Sila perhatikan signboard di atas ya, Liza :P.


Murah sangat tau dan boleh tawar menawar! ;).



Then, kitaorang singgah ke Toko Tiga. Kat sini pula, syurga jeans! Banyak sangat. Sampai tak lalu nak tengok.

Ni baru satu deretan. Lagipun letih. Tak terlayan dah dek mental. Hahaha.


Ok balik ke hotel. Sebelum tu singgah sekejap gerai makan di Jalan Dago. Nak beli makanan untuk di bawa pulang. Badan dan belengas nenas dah. Tak selera nak makan kat kedai. Simpan tenaga untuk keesookannya pulak ;).

Dan makanan nya adalah roti bakar + cheese + cokelatttt.


Dan lagik!

Pisang bakar + cheese + cokelattttt.


Sini memang mewah dengan cheese. I like!

.:. By .:.