Showing posts with label bandung. Show all posts
Showing posts with label bandung. Show all posts

Friday, September 23, 2011

Review : Baju sanding dari Iantoro Diva Interior Bandung.

(macam gempak lah tajuk kat atas tu..T.T.. IDAK YA IDAK )

Herma Maliza Ali to me

show details Sep 14 (8 days ago)Salam.. Hye sis.. Blogwalking kt ur blog.. Terbaca pasal tempah baju di Bandung utk wedding.. Hihi.. Nk tnyer detail nyer.. Hiw much the price & d outcome. Klau2 der tips nk beli kain yg sesuai pn nk tau jgk.. Hihi.. Luf ur blog.. Sgt rjin u menDIY.. Silent reader sblm nih, nk post comment malu.. Hihi.. Planning a wedding nxt year, skrg gigih mncari idea.. &nk ke Bandung gk utk bli brg.. Btw, m Herma, skrg kje kt Sibu Sarawak, m a Johorian.. Hihi.. Thanks a lot darl.. Salam perkenalan k..



Sebenarnya, ramai yang beremail bertanya tentang baju yang di tempah di Bandung. Tapi, tuan punya blog kedaung. Bz dan tak beberapa sihat lately ni. So blog telah diabaikan. Harap maklum :P



Ok cerita pasal baju sanding... Memula nak sewa je tapi bila survey susah nak cari color teal. So, diskus punya diskus nak beli kain dan tempah di Bandung. Kebetulan masa sebelum kitaorang nak kahwin tu, kitaorang dah plan nak ke Bandung. So amik kesempatan ini!

Ini lah alkisahnya. Di Pasar Baru, Bandung. 2 orang adik maneess ini adalah orang kuat dalam pemilihan baju. Lucky me! Percayalah lace di sana sangat murah! Sesiapa yang ada bajet lebih sikit, baik ambil kain yang beads-nya banyak ya!


Dah pilih kain segala, aku pergi tanya pekerja kedai tu.. nak tempah baju kat mana. Kebetulan juga dia ada kawan yang bernama Ian. So dialah yang bawa ke kedai Ian dan perkenalkan Ian kepadaku(macam tulis diari lak :P). Jangan tanya di mana kedai Ian. Mak tak ingat dek non! Pasar Baru tu banyak kedai.


Ian cakap akan siap sehari. Pergh dengar macam tak percaya kan?? Tapi, dia boleh siapkan hanya 12 jam!


Dan inilah hasilnya!!

me dan wak.


2 orang adik manees...


Bersama Ian dan tukang jahit baju. Percaya tak, yang jahit baju aku yang pakai kopiah tu? Hebat kan?? Huuueee..


Sesiapa yang berminat boleh call Ian : 62818612112.


So far aku berpuas hati dengan outcome dia. Cuma kalau ada yang nak tempah tengkolok baik bawak sample. Sebab, sana mana lah tahu buat tengkolok kan? Tak pun beli kat sini je.


Tentang harga? Tu pun based on jenis kain korang dan jumlah beads kat baju tu. If banyak, mahal sedikit. Better dapatkan nasihat Ian (ceritakan bajet etc etc). InsyaAllah dia akan membantu.


Itu saja! Terima kasih. heee!








Tuesday, March 22, 2011

Pasar Gasibu dan Pasar Baru, Bandung.

Ok ni last entry pasal Bandung. Siapa nak tanya lepas ni, pm dekat email atau just tinggal kan komen kat sini (klik sini) ok? InsyaAllah akan terjawab mana yang aku tahu ;).


Pasar Kasibu. First time tahu pasal Pasar Gasibu ni. Masa first time pergi dulu, tak tahu pun Pasar Kasibu ni wujud. Arbin, supir ke Tangkuban Perahu yang bagi tahu. Dia cakap, hari Ahad ada pasar besar.. hampir separuh bandar di Bandung tutup! Pergh terus memberontak nak pergi.


Pasar Kasibu di buka hanya pada hari Ahad. Dari pukul 6 pagi sampai tengahari, kalau tak silap. So sebelum kitaorang ke Pasar Baru, kitaorang singgah Pasar Kasibu.


Penumpang angkutan sama dengan kitaorang cakap, barang yang di jual di Pasar Gasibu adalah lebih murah dari Pasar Baru. Aduh bikin pengsan bukan??? :D

Ni lah suasana di waktu pagi di Pasar Gasibu.


*Iklan - Bubur ni sangat sedap!! Kebiasaan sarapan pagi di sana, adalah sarapan dengan bubur. Bubur dia halus dan padat! Macam mana dia masak pun tak tahu. Mungkin dengan kadar masa yang lama. Sumpah sedap! Manis, masin, lemaknya cukup!

Macam-macam ada kat sini. Larat atau tak je nak berjalan. Kitaorang hanya habiskan satu jalur je :D. Then terus ke Pasar Baru.


Aneka tudung. Memang murah. Aku siap bandingkan lagi masa sampai di Pasar Baru. Kualiti adalah sama! Rugi tak beli banyak -_-.



Ok dah berjalan di Pasar Kasibu, terus ke Pasar Baru untuk mencari misi tertentu. Oh selain Jalan Cibadak kan, kat sini pun ada juga jual doorgift. Cuma Jalan Cibadak tu banyak pilihan je.


Ni persekitaran luar Pasar Baru. Korang kalau berjalan, mata kena liar sikit. Kadang-kadang kat luar ni ada bermacam-macam yang Pasar Baru tak ada tau! So mata biar juling air. Hahaha.


Setelah berjalan di beberapa buah kedai, kitaorang stuck kat sini! Lama! Kesian Iz dan K, terpaksa layan aku dan wak untuk capai misi aku.

Oh di sinilah, misinya!! Ingat pada entry aku pening pasal theme, baju sanding tak ada lagi yang berkenan??? Hah aku sudah ketemu! Alhamdulillah. Syukur. Erm wak tahu, macam mana aku meroyan, nangis tak dapat lagi baju sanding :D. Sian wak :P. Bila ingat balik kelakau.


Tengah pilih material dan nego.


Diskus pasal design dan harga.

Ni pula jumpa tailor. Tak boleh nak anggarkan harga, sebab kalau korang nak tempah..harga tempahan adalah ikut material. Kalau banyak beads lagi mahal la. Mas Ian banyak membantu. Nanti buat entry khas :p. Tunggu

Aku dan wak dan buku catatan. Buku tu dalamnya semua tertulis apa nak beli, apa belum, apa nak design ;). So wajib bawa ke hulu ke hilir.

Dan ini hins untuk baju sanding lelaki. Hihihi. Enaf la kan?? :P. Nak tahu tailor tu siap jahit dalam masa 12 jam! *Kagum!


Kalau ke Pasar Baru jangan lupa ke foodcourt. Sedap gillls makanan dia tau!

For me, Ikan Gurame! Aduh terus keroncong perut!

Ayam penyet lada hijau.

Ayam penyet lada merah

Mee bakso. Mula makan rasa macam meggi. Tapi, bila dah campur sos dia, mak ai sedappp!!!

Ni gambaran Entrance Pasar Baru. Oh jangan lupa beli swimming suite di sini! Murah!

Last, keropok ni pun sedappp. Rangup.


Ini sahaja entry 4 hari 3 malam di Bandung. Sampai ketemu lagi Bandung. Next time kalau pergi nak beli baju baby pula. Hahahaha. Verangan!






Ampun dan maaf jika ayat tunggang langgang.
Hanya ikhlas dari hati tuan punya blog yang belum sihat,
.:. By .:.

Sunday, March 20, 2011

Jalan Cibadak, Bandung. Awas B2B!!

OK tibalah masanya, entry khas B2B yang hendak ke Bandung dan merancang untuk membeli doorgift kat sana!


Nak beli doorgift di mana? Di Jalan Cibadak adalah jawapannya! Dekat je dengan Pasar Baru. Kitaorang singgah masa balik Tangkuban Perahu. Kitaorang sampai ke Jalan Cibadak, lagi sejam kedai nak tutup. Itupun dah banyak kedai dah tutup T.T.


Memangggg syurga doorgift kat sini. Banyak tau!! Sampai rambang mata nak pilih yang mana. Kedai dah la banyak. Jalan sini berkenan, jalan sana berkenan. Nasib kedai dah banyak tutup. Kalau takkkkkkkkkkk -_-".


Ha siapa yang belum dan bercadang beli beg doorgift, kat sini memang banyak! Comel-comel!! Geram je nak beli. Kalau ikut nafsu pembaziran.. grrrr tutup mata je la.


Ni pula antara kedai yang jual doorgift. Tak terjawab kat sana ada apa. Mana terlintas kat mata, aku boleh la jawab aku nampak apa. Banyak sangat. Aku sendiri rambang mata. Memang banyak!


So Liza, dah terjawab soalan. Liza, boleh terjah kat sini ok! Sila perhatikan signboard di atas ya, Liza :P.


Murah sangat tau dan boleh tawar menawar! ;).



Then, kitaorang singgah ke Toko Tiga. Kat sini pula, syurga jeans! Banyak sangat. Sampai tak lalu nak tengok.

Ni baru satu deretan. Lagipun letih. Tak terlayan dah dek mental. Hahaha.


Ok balik ke hotel. Sebelum tu singgah sekejap gerai makan di Jalan Dago. Nak beli makanan untuk di bawa pulang. Badan dan belengas nenas dah. Tak selera nak makan kat kedai. Simpan tenaga untuk keesookannya pulak ;).

Dan makanan nya adalah roti bakar + cheese + cokelatttt.


Dan lagik!

Pisang bakar + cheese + cokelattttt.


Sini memang mewah dengan cheese. I like!

.:. By .:.

Aktiviti hari kedua di Bandung.

Memang tak nafikan, hari kedua ni banyak sangat persinggahan. Alang-alang ambil transport untuk satu hari, dari pukul 8.00 pagi sampai 9.00 malam so kitaorang gunakan kesempatan ni. Hihi.


Untuk transport satu hari, dia ambil 400 ribu rupiah. Kitaorang berempat, maka perhead 100 ribu rupiah. Dalam, RM 35 seorang. Murahkan?? Untuk satu hari tau!


OK setelah keletihan berjalan ke Kawah Domas sampai ke penghujungnya, kitaorang singgah di ladang teh. Di mana tempatnya hanya berdekatan dengan Tangkuban Perahu.

Hijau. Tapi masa ni dah tak larat nak berjalan. Hahaha. So ambil gambar kat barisan pertama, buat syarat! :P


Lepas tu kitaorang singgah di Strawberry farm. Pun berdekatan dengan Tangkuban Perahu. Ni semuanya satu jalan. Jalan turun ke bawah.

Sempat rasa aiskrim. Mahal juga! Dalam rm 3.50. Nasib dalam dia ada strawberry you! Dan sedapppp!

Cuba teka mana sayaaaaaaaaaaaaaaa. :P


Pergh macam mana baru aku perasan boleh termiss out gambar rumah keluarganya Ahmad Dhani kumpulan Dewa tu?? Grrrr! Tak pe abaikan. Janji haku ada gambar rumah dia pun jadik! :D


Lepas tu pulak, kitaorang ke Kampung Daun. Aku nak sangat pergi ke sini. Pernah tengok program Chef Wan pergi tempat ni??


Ha inilah dia Kampung Daun tu... Kitaorang tak makan. Just jalan-jalan je. Sebab, diyakini mahal! haha.

Kira ni perkampungan orang Kampung Daun. Kata Arbin supir kitaorang tu, tanah ni dah di beli keseluruhannya oleh Kampung Daun. Ha macam tu lah. Ingat-ingat lupa cerita Arbin tu.

Memang sangat-sangat klasik tempat dia. Mula-mula masuk dah dengar orang ketuk musik gamelan.

Ya buat syarat lagi :P

Wahai b2b, kalau digantikan bunga telur dengan buah-buahan pun lawa kan???

Masak memasak.


OK dah habis melawat kampung-kampung. Kita menuju ke tempat makan pulak. Di sekitar Dago. Dah lapar sangat!


Tak silap nama restoran ni, Walijung Sumping (ye ke? belasah. dah lupa :D). Mula-mula masuk, hati dah mula berkata best ke tempat ni?? Erm macam biasa je. Tapi bila masuk ke dalam... tempatnya nyaman!! Pandai Arbin pilih tempat. Eh Arbin betul ke ejaan nama ko nih. Ah belasah! :D

Nilah tempat makannya. Pondok-pondok buluh!! Sangat sejuk dan nyaman!!

Dan ini makanannya!! Untuk sajian berempat. Licin semuanya! Paling menusuk kalbu sampai ke hari ni, petai dengan ikan jeruk tu!! Sedapppp.


Kenangan demi kenangan ;)

Kenangan demi kenangan lagi. Ke rumah Mode. Dulu pergi sini, single. Sekarang dengan bakal suami. Hahahahahahahak. InsyaAllah, amin.


Eh bukan last tempat ni. Ada lagik!! Hari kedua ni nak cerita, 3 pages baru habis !! Hihi.

.:. By .:.

Saturday, March 19, 2011

Tangkuban Perahu, Bandung

Ni aktiviti hari kedua. Dulu masa first time pergi Bandung, tak merasa naik Tangkuban Perahu. Tak berkesempatan. Kali ni, nak juga naik. Tak kira. Dalam takut-takut.. gunung Merapi duk meletup, tetap nak naik -_-". Sebab ada benda yang tersembunyi. Apa tu?


Sila baca petikan di bawah (macam kertas kefahaman plak kan?) :D.

Ni baru di kaki gunung, sudah nyaman. Apatah lagi di atas ;). Masa nak masuk ni kena bayar berapa entah. Tak silap sorang 17 ribu rupiah ke berapa. Tak boleh nak tipu, dari awal dia cakap, ini dari mesia ya?? Agaknya dah kenal rupa. Kalau muka aku sorang, sure aku boleh lepas. Hahaha.


Bila tibanya di atas, pergh cuaca macam kat Beijing masa musim sejuk (Agaklah nak tipupun, Beijing pun haku tak pernah sampai :D ). Betul tak tipu. Sejuk!

Ini salah satu kawah yang tak boleh turun. Terlalu panas. Boleh hilang daging, kulit semua.


Kami berempat ;). Ye kami pergi berempat.

Nampak macam sebelah je kan? Padahal tu jauhhhhh lagik! Kalau jatuh, selamat kebumi terus.


Jalan-jalan melihat kawasan.

Melawat kawasan pokok minarasa. Pucuk minarasa di percayai boleh jadikan sebagai awek muda. Silap-silap boleh jadi 'Manohara' kata mas Yadi. Oh mas Yadi adalah salah seorang guider yang guide kitaorang untuk berjalan kaki ke Kawah Domas, sekaligus turun ke bawah. Bayaran 250 ribu rupiah(tak silap) untuk 1 jam.

Inilah dia, pucuk minarasa tu. Rasanya masam seperti pucuk daun kedondong.


Snap gambar banyak-banyak sebelum turun. Nanti tak naik-naik dah. Pak Supir akan tunggu kitaorang di bawah, selepas melawat Kawah Domas.


Maka, teruslah kitaorang melangkah ke bawah. mencabar juga rupanya. Tapi, cuaca sana dingin.. tak delah rasa berpeluh sangat. Kata mas Yadi, Siti Nurhaliza pun pernah datang ke sini. Tapi, dia menaiki tandu.

selangkah demi selangkah, ingatan kanda kepada dinda. :P


Dah la sarapan ala kadar je sebelum datang, kebulur jadinya. Ketar lutut. Berkat kesabaran(cewah), akhirnya sampai juga ke Kawah Domas!! Tak silap 30 minint berjalan kaki untuk sampai ke kawah ni.


Kawah Domas ni, terkenal sebagai kawah yang airnya boleh mengubati orang yang lumpuh, sakit-sakit kaki ke hape lagi. Selain tu, di sini pun boleh mandi lumpur.


Kata mas Yadi, kawah ni pernah meletup pada 1969, dan tak pernah meletup sampai sekarang. If ada gegaran, atau signal... kawah ini akan meletup dahulu! Pergh masa ni tuhan je tahu, mulut, hati aku dah kumat kamit baca ayat qursi lah apa lah. Mengucap pun aku sempat! :D


Kawasan dia agak panas dan busuk. Kata mas Yadi lagi, kawasan ni kawasan bebas kentut! hahahaha.

Satu group ambil 1 port untuk rendam kaki. Dan pakai masker segala. Yang wak-wak kat tepi kitaorang tu, diaorang tengah siap sedia untuk urut kitaorang dengan kadar free!! Tapi, lepas tu siaplah suruh beli ole-ole yang mereka jual.

Aku malu nak suruh wak-wak tu pakaikan mask. Maka, aku panggil wak aku yang sedia ada. wakakaka. Pandai juga wak ni lumurkan pada mukaku. Kata mas Yadi, biar bakal suaminya yang lumurkan, baru romantik gitu... Ya mana-mana lah mas, saya suka! Haha.


Lepas je bersihkan segala, mas Yadi suruh makan telur yang direbus di kawah tu. Lebih kurang 10 minit telur tu direndam, baru masak. Hah cepatkan?? Rasanya lain, enak sekali. Sampai sekarang duk teringat. Stim macam makan telur kenduri kahwin.


Dekat Kawah Domas pun dah makan masa sejam. So moh la kita pulang.

Daki dan daki lagi. Aku tak tahan, nasib bawa jely..layan jely sesorang. Haha. Kalau tak pitam.

Yeay di check point last!!

Inilah mas Yadi. Umurnya 25 tahun anak sorang. Dia tak percaya kitaorang sudah bekerja. Katanya, semuanya macam sedang belajar. Ye je. Kembang bontot aku kat Kawah Domas tadi :D. Mau taknya, umurku tak lama lagi 30 tahun masssssss.

Dan inilah gambaran Tangkuban Perahu yang dimaksudkan. Gambar kelihatan perahu yang terbalik. Ntah aku tak berapa sangat tahu sejarah dia. Korang pergi google..


Next, lawatan ke kampung-kampung.

.:. By .:.