Showing posts with label LRT. Show all posts
Showing posts with label LRT. Show all posts

Friday, August 27, 2010

Tolonglah jangan bergesel dalam lrt, wahai lelaki.

Ops! Bukan semua lelaki ok. Kepada lelaki yang suka bergesel di luar sana sahaja.


Dear lelaki suka bergesel,


Boleh tak hentikan perlakuan yang suka bergesel dalam LRT? Kesian wanita yang tak bersalah.


Macam ni ceritanya. Semalam masa naik lrt, sampai di station Bangsar..ada seorang perempuan ni naik dengan seorang lelaki. Memang lelaki tu macam nak menyending je dengan perempuan ni. Perempuan ni, mungkin pangkat adik kepada aku..


Aku perhatikan je. Aku ingat boyfriend adik tu, sebab memang lelaki tu dekat je. Siap tangan dia atas bahu perempuan tu sambil memegang tiang. Tapi, bila aku tengok muka adik tu kerut-kerut. Aku rasa dah lain!


Lepas tu aku nampak lelaki tu raba-raba adik ni. Serius! Aku tengok geram je!! Aku terus tarik adik tu masuk depan aku. Aku bisik kat adik tu, "masuk sini".


Adik tu tengah jalan ke arah aku pun, lelaki tu sempat nak raba! Aku geram aku terus pergi dekat telinga dia aku cakap "stupid!".


Terus lelaki tu serba salah sebab aku dah tahu perlakuan dia tu. Nak kata adik tu pakai seksi tak juga. Memang tak pakai seksi pun!


Lepas tu aku jeling je kat lelaki tu. Mata dia melilau-lilau serba salah. Sampai Masjid Jamek dia turun.


Aku tanya adik tu, "Dia raba awak kan?"


"aah ah kak...tapi saya cover dengan beg...saya takut..terima kasih kak"


Hey lelaki!!! Tolong lah!! Ni aku nak bagi pantun!


Don't play with bird!

Nanti aku sepak ko punya bird!!!



Disebabkan puasa aku baik sikit ganti dengan perkataan bird. Kalau tak K **** lah keluar kat pantun aku nih!


.:. By .:.

Monday, January 4, 2010

Kesengalan terselah!

Tetiba nak ketawa untuk diri sendiri ok! Tadi aku pergi masukkan ATM card kat lubang LRT card punya mesin.. hahahahaha..

Mula-mula, pelik kenapalah kad aku warna kuning. Rupanya, kad ATM Maybank. Hahahaha.Sengal la ko!

Nasib baik tak ada orang sangat. Lepas tu aku jalan tersengih sorang-sorang macam orang gila :D.