Showing posts with label ampang. Show all posts
Showing posts with label ampang. Show all posts

Friday, May 14, 2010

Takziah buat rakan seperjuangan...

Last week aku dah dapat tahu yang mak kawan seperjuangan(kawan kelab sukan) meninggal, tapi aku tak tahu sakit apa. Aku ingat sakit tua. Semalam, baru aku dapat cerita bahawa maknya diragut!!! Dibunuh kejam.

Sedih bila dengar kematian arwah. Maknya dikelar dah dibunuh kejam. Memang kejam gila pencuri tu. Kenapa manusia sekarang tak ada kesian belas dan berperikemanusian? Sanggup bunuh warga emas ;(.

Nak tahu selanjutnya sila klik sini >>

Sama-samalah kita berdoa agar rohnya dirahmati Allah. Amin. Al-fatihah.

To coach (tak perlu sebut namanya di sini) semoga tabah menghadapi dugaan ini. Aku tahu betapa sukarnya ko nak melupakan kisah tragis ini. Harap ko tabah ok??

Aku dengar ko dalam keadaan trauma 3 hari kan? Bawa berehat dan yang pergi tetap pergi. Itulah jalan Tuhan. Semoga ko hadapai dengan tabah dan jaga ayah ko baik-baik ok? Gembirakanlah dia dan ubatilah hatinya. Aku doakan ko baik-baik sahaja. amin.


*hati dirundum pilu*




.:. By .:.