Showing posts with label bangsar. Show all posts
Showing posts with label bangsar. Show all posts

Tuesday, May 3, 2011

Threading and bleaching.

Last week, pergi la aku untuk threading kali kedua. First haritu, threading sebelum bertunang. So far puas hati dengan khidmat yang diberi dan dia buatpun cantik! So, pergi ke kedai yang sama dan decide untuk threading full face and neck.


Harga? RM 25. Habis semua bulu kat muka dia thread. Licin! Anak rambut pun habis dia tebas supaya kelihatan rapi. Terasa muka sehalus bayi. Muahahaha. Perasan!


Dah habis threading, aku try buat facial bleaching. Apa tu? Meh sini baca:


"Bleaching helps to eliminate these unwanted dark spots that gives you a boring look. Main factor is that there are complications in selecting the right one." Details>>

*website ni ada cara nak buat bleaching sendiri! Nak try la nanti. Kata orang kedai tu, bleaching ni buat sekali sebulan je.


Dalam 10 minit dia kurung aku kat dalam bilik. Lepas tu dia cuci dengan air...



Inilah muka yang telah di 'bleaching'-kan. * Iz jangan marah na.. wa sempat ambil gambar masa lu kluar. Wa bosan duk dalam tu! Hahaha. Oh ya Iz yang buat dulu bleaching ni. Dah alang-alang miss tu tanya, so aku buat sekali. :D



Agak- agak kalau korang jumpa korang lari tak? :P. Tapi kalau korang jumpa, bako je!


OK ini muka suci tanpa sebarang make up! Macam mature lak aku tengok...Eh lupa aku dah tua :D.

.:. By .:.

Thursday, August 5, 2010

Akhirnya dapat juga merasa ke Soul Garden.

Hi,

Nak berhi-hi lak. Hihihi. Yerp, semalam dapat merasa ke Soul Garden. Dah lama plan dengan 'kawan sebulu' tapi tak sampai-sampai gak. Ni pun bukan pergi dengan dia, tapi dengan se-team kat tempat kerja. Iz nanti kita pergi k?


Act, ni cadangan bos. Mungkin sebelum puasa, dia bagi anak buah makan puas-puas dulu :). Especially aku. Hahahak! Memang tak tolak lah kalau makan-makan ni.


Soul Garden ni adalah Restoran Korean yang menyediakan Korean-styled BBQ Buffet. Satu kepala for lunch RM 26.88 ++. Semalam dapat harga RM 33 sekepala. Boleh duduk seberapa banyak jam pun :). Kalau duduk lama lagi best. Dapat makan macam-macam.


Ada kimchi, ada udang, ada daging, ikan, semua kita boleh pilih sendiri nak banyak mana. Airpun ambil sendiri. Boleh reload-reload :). Termasuklah desert. Tapi desert dia hanya rojak, aiskrim dan air batu campur je.

Kitaorang pilih tomyam sup. Tomyam dia tak pedas, almaklumlah orang Korea mana makan pedas-pedas kan? Tepi tu pulak bahagian bakar membakar. Elok-elok jangan sampai naik api besar! Hahaha!


Aku pulun daging bakar dengan udang bakar. Cicah air asam. Melayu tu melayu gak. Air asam tetap di hati.


Yeah kita bakar sampai muka pun naik minyak! Sesiapa nak pergi sila bawa tisu lebih hokeh.

Makan dan makan lagi. Sessi gambar jangan dilupa.


Sana sinun ada kamera. Terima kasih ya jurugambar. Hamba menyilok saja gambar dari diaorang. Hahaha. eh Suri tu macam nak cium aku lak.

Time ni big boss dah datang. Duduk sebelah lak tu. Haih bantut nafsu makan :D. Malu..hahaha!


Ni desert satu untuk aku satu lagi Suri. Lepas melahap ABC campur ais krim jagung, aku tibai ais krim durian. Durian ok kawan-kawan. Durian.


Team Inventory.

Team Inventory + OSM.

Dan last gambar perempuan bajet photographer profesional.



Sesiapa yang tahu lebih lanjut pasal Soul Garden,- sila click sini-.




.:. By .:.