Masalah kaki ini bermula dari aku main netball. Terseliuh aku bantai pergi main, main dan main lagi. Akibat, kaki jadi besar macam gajah.
Sekarang pun ada tempat-tempat yang menunjukkan bengkak. Memang tak boleh diselematkan. Pergi urut pun, tak surut juga. Sebab, kaki masuk angin terlalu lama.
Bersyukurlah kepada sesiapa yang memiliki kaki yang cantik. Jangan jadi macam aku. Kaki dah macam kaki bapok.
Nak pakai tinggi-tinggi jangan harapppp la. Setakat pakai pergi kenduri atau office tu boleh lagi. Nak jalan kaki, pergi jalan-jalan shopping macam
Kalau pakai, sure kaki jadi macam kaki gajah. Mulalah, aku sapu dengan minyak panas. Dah macam 'umah urut' umah aku. Janji umah urut, jangan umah pelacur. hahaha!
Teringin gila nak pakai. Macam model kalau pakai kasut-kasut tinggi ni. Tapi nak cat walk? Alahai! Aku still jalan macam tomboy. Susah gila nak jalan macam perempuan ayu.
Silap-silap, aku lenggang macam apon*pondan. Tapi ada gak aku belatih. Hahaha!
So, sekarang kalau pergi vacation ke..aku senang dengan selipar je. Tak pun kasut yang tapaknya lembut.
