Showing posts with label beringharjo. Show all posts
Showing posts with label beringharjo. Show all posts

Wednesday, June 9, 2010

Yogyakarta day 5 (Part 1)

Day 5 ni bagi korang rambang mata sikit. Actually, memang banyak gambar. 2 memory card aku pakai. Semua total gambar 800++. Cukuplah aku select yang beberapa berkenan kat hati aku *_*.

Day 5. Aku dan kakak aku ke BERINGHARJO Tradisional Market kat Yogyakarta. Aku berdua dengan kakak aku. BIL kasi 3 jam je. Sebab, nak ke tempat lain. Kata perempuan, kalau tak pergi tempat shopping tak sah :P. BIL dan Nina ke tempat lain.


Pandangan atas Pasar Beringharjo.


Sessi terjah kedai-kedai baju dan langsir.

Semua batik. Macam-macam fashion!


Aku nak beli untuk ayah aku. Tapi, baju batik bandung pun dia tak terpakai. Pakai masa majlis rasmi je.

Jeng! Jeng! Jeng! Baju moden di tingkat 1 ok?? :D.


Perlbagai tudung.

Pelbagai jubah. Semua murah-murah. Dalam RM 30++. Wuhuuu!!




Sempat aku rembat doorgift untuk VVIP nanti :P.Hihihi. Oh masa dah tamat. Sila pulang ke gelanggang untuk next place!!!

Kitaorang ke Jalan Kasongan. Jalan Kasongan ini pula, penuh dengan pasu-pasu. Perabot pun ada!!

Tengok-tengok!! Sepanjang perjalanan, penuh dengan kedai pasu.

Kraftangan.


Kraftangan lagi.


Kedai cendaramata.


Rehat kejap! Kitaorang ke tempat makan berhampiran. Tepi sawah!! Nyaman!

Malu nak buat sesi lompat melompat. Sebab, aku je yang jakun :D.

Lawa kan deco? Makan bersila.

Es jeruk. Aku ingat kan apa la. Aku yang batak ni manalah tahu es jeruk tu, limau ais :D.

Yummy! Yummy!! Ayam bakar dia sedap!! Kitaorang pilih kedai makan ni sebab, lain semua manis-manis. Rendang manis, lemak manis. Semua manis. Ni ok sikit. Ala-ala ayam penyet, Bandung.

Ok sambung jalan. Lalala!


Jatuh hati pandang pertama.

Jatuh hati pandang kedua. Akak aku awal-awal dah rembat yang warna merah tu.

Kalaulah.Kalau ada rumah, siap!!! Aku terjah lagi Yogyakarta.

Jatuh hati pandang ketiga. Aku suka moden klasik. Pasu tu yang sederhana baru RM 35 ^_^. Fewwh~ urut dada je lahhhhhhh.

Jatuh hati pandang keempat. Untuk bilik aku. Konsep itam,merah. Hahaha. OK TIPU. Terkulat-kulat aku pandang. Huhuhu. Diulangi, aku tiada rumah lagikkkk...wua!!!

Jatuh hati pandang kelima. Ruang tengok TV T__T.

Hadoiyaaaaa...

p/s : part 2 tunggu!!! Banyak gambar, kang lembab blog aku :D.




.:. By .:.