Showing posts with label puncak alam. Show all posts
Showing posts with label puncak alam. Show all posts

Thursday, January 10, 2013

Mari gigih semula untuk senamrobik!

Haih dah lama rasanya tak senamrobik. Kalau di kira-kira hurmmm dah setahun lebih. Yela stop masa mengandungkan Faris sampai sekarang, Faris dah 9 bulan.


Tak sedap rasanya kalau badan tak berpeluh. Kalau dulu aku memang aktif sukan kan. Korang bayangkan aku duk rumah golek-golek dan makan? Ohhhhh sungguh tak sihat kehidupan aku.


Bukan sahaja sihat, boleh aku turunkan skit berat badan....dan yang paling penting nak shape kan badan ni balik. Spare part penuh dekat perut ni ha... gerun laki mak tengok -_-.



So kelmarin dah start untuk senamrobik. Orang cakap kalau c-ser biarlah setahun kan tunggu untuk aktif balik kan? Ni aku buat ringan-ringan je untuk up kan stamina aku. Kalau time ambil dumble tu, aku ambil yang paling ringan. Tak apa. Untuk memulakan? Jangan lah ko rasa excited sampai push ko punya badan. Ha lepas tu ko rasa lah sakit sana sini. Dah la baru nak start.



Ini lah tempatnya. Dekat je dengan rumah aku. Sambil 'joget-joget' sambil tengok badan kat cermin. Hooooih gerun hoiiiih!Dah macam fiona hijau :D. Memang ketar lutut...masa dah setengah jam lompat sana sini....aku rasa macam dunia ni terbalik...hahahaha nak pitammmm. Takpe, next boleh try up kan lagi stamina ...takkan putus asa :D. Ini misi 2013 ok! :P



Sebelum pergi aku dah tidurkan Faris....so ok lah aku bersenam pun 1 jam je. Dia bangun, aku dah nak balik. So memang cantik time tu. Terima kasih Faris bagi mama time ;).





Tapi bila balik dan siap mandi....




Ha inilah kerja dia....




Asyik lah nak berkepit dengan mama T____________T.



+ By +

Wednesday, May 4, 2011

Cendol bersama rojak, memang tak dapat dipisahkan

Last week Suci(anak buah aku) demam. Tiba panas je badan dia. Kesian adik. Ha.. masa tu dia request la macam-macam nak itu nak ini. Dia nak sangat makan mee mamak. Tak lalu agaknya makan nasi. Pujuk macam mana pun dia geleng kepala.


Pastu Cik Su aka makcik dia yang baik hati ni bawalah pergi makan kat gerai cendol bawah pokok kat Puncak Alam nu. Boleh aku melahap sekali. Hahaha.

Rojak untuk saya!

Alih-alih Suci makan cendol je, tu pun ambil ais je. Dah habis ais dia tinggalkan T_T Mee mamak? Adalah 3 suap je dia makan.


Adik yang gumbira setelah Cik Su nya bawa pergi makan. Kat muka Suci tu bukan bedak tapi cahaya keimanan. Hahahaha.



.:. By .:.