Tuesday, July 14, 2009

Beban di hati siapa tahu

“Tak sangka betul, perangai dia macam tu! Di depan bukan main baik. Di belakang, sanggup dia memburukkan dan mengkhianati kepercayaan aku? Aku ni kawan baik dia! Aku takkan maafkan dia sampai mati!”

Apabila kita ada menyimpan rasa marah, dendam dan benci terhadap seseorang, di dalam hati kita sebenarnya terkumpul satu bebanan, makin lama, makin memberat. Jiwa kita sendiri rasa gelisah dan tidak tenteram. Sikap itu akhirnya akan membuatkan kita rasa tertekan. Ternyata, tindakan untuk tidak memaafkan orang lain turut memberikan kesan terhadap diri kita sendiri. Oleh itu, belajarlah untuk memaafkan orang lain...

Allahs.w.t. berfirman maksudnya; “Terima lah apa yang mudah engkau lakukan dan suruhlah dengan perkara baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang yang jahil (yang degil dengan kejahilannya).” – Al- ‘Araaf: 7:199

Ayat tersebut antara lain menyatakan, tidak sepatutnya menjauhi saudara hanya kerana satu atau dua keburukan yang tidak dapat diterima, sementara selebihnya baik. Dalam konteks ini, satu atau dua kesalahan masih dapat dimaafkan dan kesempurnaan adalah tingkatan yang sangat susah dicapai.

Dalam ayat lain Allah berfirman: "... dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang." (QS. An Nuur, 24:22)

Al-Kindi, seorang falsafah Islam terkenal pernah mengatakan; “Bagaimana kita mengharapkan satu moraliti tertentu daripada teman kita, sementara diri terdiri daripada empat tabiat jiwa yang merupakan bahagian paling dekat dengan (setiap) manusia dan merupakan pusat kendali untuk memilih dan berkehendak, tidak boleh memberikan semua kehendak. Tidak boleh pula mengiakan semua yang diharuskannya. Apa lagi dengan jiwa orang lain?”


By >> Saya setuju ngan pendapat ni.. Saya sudah pratikkan, ternyata hati saya sangat tenang dan bebanan di dada/hati sudah berkurangan. Memaafkanlah seseorg itu supaya kehidupan jadi lebih tenang. Balasan biarlah tuhan yang tentukan..Tuhan itu maha adil.

Tips** Sesiapa yang putus cinta, maafkan lah beliau untuk kamu senang menerima org lain di hati kamu :P...dan memaafkan adalah salah satu cara untuk melupakan :D (ramai yang tanya soalan berkaitan dgn ni.. aku dr. L.O.V.E kah? So setelah di kaji selidik, ni la tips nya!)


Cik By

3 comments:

mushy shizzy gina said...

hahahaha...
tak kuasa nak layan ko cik by..
hakhakhak..
DD aku lagi best..ensem..
kelakar..perasan..rajin.
hakhakahak

mushy shizzy gina said...

tiada maaf bagi "mu"
huh... bwekkkk :p

Cik By said...

hahahha...marah nampak! ye aku tahu dd ko hensem..baik lak tu...kalo aku pon nak org layan aku...!(kembang kempis hidung DD nanti) wakakakakaka :P