Thursday, August 6, 2009

By's share info

Kepada sesiapa yang menganggap isu ini sensitif, saya minta maaf. Tapi bagi saya ini adalah untuk pengetahuan para wanita dara-dara. Mungkin isu ini macam agak sesuai untuk saya sentuh. Tapi apa yang dikaji orang yang berkuat sukan juga ada kemungkinan 'selaput dara' ini akan tiada! (wat?? betolke? Boleh share tak?). Maka dengan ini, saya akan 'share' bersama-sama untuk menjaga 'kedaraan' :P

"Wanita perlu peka terhadap kesihatan tubuh badan mereka. Untuk itu, wanita yang tua atau muda, bekerja atau suri rumah, semuanya mahukan maklumat lanjut mengenai tubuh mereka. Apabila belajar mengenai tubuh, ia melibatkan pengumpulan maklumat mengenai struktur yang unik terhadap wanita. Ini termasuklah maklumat mengenai organ seks seperti vagina, ovari dan uterus serta isu-isu seperti kehamilan, perawatan doktor dan pemeriksaan tertentu. Semua wanita sedar jika mereka sihat, ia akan memberikan kesan positif terhadap kehidupan. Mengetahui lebih lanjut mengenai tubuhnya dan kesihatannya membuatkan seseorang wanita itu lebih peka dan aktif. Ini merupakan formula penting untuk berjaya dan memenuhi segala objektif dalam hidup".



Organ-organ Seks Dalaman

Vagina, ovari dan uterus, membuatkan seorang wanita itu boleh melahirkan anak. Organ-organ seks ini berfungsi bersama agar kematangan seksual dapat dicapai. Berikut merupakan cara bagaimana ia berfungsi bersama. Otak memproses dan mengawal signal-signal ini. Dengan bantuan signal tersebut, gadis dan budak lelaki mula merasai perubahan terhadap tubuh badan mereka. Perubahan ini disebabkan bahan kimia yang dibebaskan oleh otak yang memberitahu ovari pada wanita untuk mengeluarkan bahan yang dipanggil hormon. Hormon ini dipanggil estrogen dan progesteron dan ia menyebabkan perubahan terhadap tubuh kamu. Semasa tempoh ini, gadis mula mendapati terdapat bulu-bulu pada ketiak dan payu dara mereka semakin membesar. Gadis remaja juga mungkin merasa dan berkelakuan berbeza dalam tempoh ini.

Vagina hanyalah salah satu organ seks dalaman dalam tubuh. Organ seks dalaman yang lain termasuklah: Uterus, Tiub Fallopio dan Ovari.

Apa itu vagina?

Vagina kamu tu sebenarnya merupakan tiub yang terhasil daripada dinding yang bergabung bersama. Dalam wanita dewasa, ia tiub sepanjang 9cm. Ia merupakan tiub berotot yang dilapisi membran nipis. Otot terdapat pada ruangan paling dalam dinding dan memberikan sokongan yang diperlukan pada dinding. Sebahagian daripada vagina melekat pada bahagian uterus yang dipanggil serviks. Serviks merupakan bahagian pembukaan uterus yang mempunyai struktur seakan buah pear, yang berfungsi menampung bayi ketika dalam kandungan. Masih ok setakat ni?

Anda boleh klik di sini untuk tambahan info ;)

** Macam tingkatan berapa entahkah?? Tapi honestly saya masih lemah bab ini * wink *


Cik By

2 comments:

SheLLy said...

good info...walaupun aku pernah amik biologi tp mmg x concentrate pun sbb x fhm mende pung dulu...huhu!!

Byzura Mj (By) said...

ye bagus! bende ni penting dowh...aku kdg2 terpinga-pinga..!