Monday, August 24, 2009

Hitam si hitam manis...

Walaupun hitam di pandang manis :D. Resipi campak mencampak telah berlaku malam tadi... Mulanya aku melihat pisang yang layu mati taknak di makan tak mau . Aku mengambil keputusan untuk membuat resipi 'cacar marba' aku (tawakal saje kalo tak sodap xD). Inilah hasilnya! Licin wa cakap lu!!


Walaupun tengok sebegini rupa korang jangan ingat tak sedap! Kalau letak dalam peti ais, lagi di yakini sedap tau. Rasa macam ais krim.. Ni lah dia, pisang goreng hitam manis aku :P

Senang dan 'simple' je cara dia.. Mula-mula, korang goreng pisang (goreng macam tu je tau, tak payah celup tepung ke ape). Hanya menggoreng dengan minyak masak sahaja. Biarkan minyak tu panas dulu di dalam kuali pastu baru masuk pisang (pisang hendaklah di belah dua). Goreng sampai garing (sampai luarnya nampak hitam tapi jangan lah hangus pulak).

Ok 'done'! Kuahnya, pukulkan 2 sudu 'butter' dengan 4 sudu gula. Kemudian masukkan 1 biji telur dan esen vanilla. Pukulkan sehingga ianya sekata. Panaskan 3 cawan susu cair (aku suka guna susu ideal) di dalam periuk. Masukkan bahan yang telah dipukul tadi. Kacau sehingga pekat.

Bila kuahnya sudah siap, korang boleh tuangkan ke atas pisang tadi.

Selamat mencuba.. :D Buat pemanis mulut malam ramadhan anda~~

p/s : resipi ni aku anggarkan untuk seorang makan :D. Jangan lupa kalo nak lagi sedap letak dalam peti ais k! Ayat aku bukanlah seperti chef. Mohon ampun :D


Cik By

2 comments:

jai.jezz ^.~ said...

haaa...! pisang goreng hitam.. ya-allah tak pernah ditry lagi.. guna pisang apa yerk..?

Byzura MJ said...

jai.jezz : ha...kena try!! pisang lemak manis@siam..selalu guna 2 pisang ni je sebab manis kan? lemak plak tu..yummy!!