Tuesday, August 18, 2009

Pengalaman balik Pahang hari ini...

Mula-mula dengan menaiki LRT Putra dari Kerinchi ke KL Sentral. Tak sesak sangat sebab orang belum berpusu-pusu untuk balik kerja..

Dari KL Sentral ke Monorail. Jauh rupanya nak ke monorail (ni lah padahnya sebab sombong nak naik 'public transpot'..malas hendak 'drive'). Bermula episod menaiki monorail. Seingat aku, baru 2 kali aku naik monorail. Punyalah ramai orang (bermacam-macam dari negro,cina,korea..semua ada).

Dengan beraninya aku tidak memakai 'mask'. Sebelah, orang 'negro' tepi Pak Arab. huhuhuhu...Masa dalam monorail tu adalah Minah Arab ni tegur aku. Dia tanya aku, monorail tu akan pergi Bukit Bintang ke? Aku jawab," yes"(dengan muka blur lagi konfiden :P padahal tak tahu pun monorail tu menghala ke mana..aku lupa tengok). Takut gak naik monorail ni..yelah dulukan ada kes tayar tercabut tu..(gerun!!)

Setibanya aku di perhentian Pekeliling. Aku nak beli tiket bas..

"Mentakab, pukul 6".
Orang tu tunjuk ke arah kanan aku.
Aku angguk (tanda faham bas tu la)
" yela bas pukul 6".
"Helo adik,bas Mentakab sebelah".
" Oh ye ke..bila tukar"
"sudah lama dik"


ahahaha.sengal di situ! Bila masa pula ada kaunter lagi satu? Tak perasan lak aku.

Masa menunggu bas..Ada sorang adik ni, tersengih-sengih pandang kat aku. Dalam hati, apsal lah.. Aku butang baju tak betul ke?? Pastu dia tegur aku..


"Akak, pergi mana?"
"Mentakab"
"oooo...duduk tempat no berape?"
"1"
"ooo jauh lah dari saya"
aku hanya tersenyum (terpaksa)


Punya panjang dia soal, sepatah aku jawab..bukan apa KL ni macam-macam orang. Bukan akak sombong ye dik. Nak-nak Pekeliling tu..Akak takut~~ Sebab pernah kena dengan mamat 'drug'.

Dalam bas, budak yang tadi tersengeh-sengeh lagi dengan aku.. sampai aku lak takut! (minat kat aku kot :P, tak pon dia pernah baca blog aku..perasan!!). Sebelah aku nasib baik perempuan. Tiba-tiba aku dengar dia nangis. Tertanya-tanya lak aku kenapa, mengapa (kepochi sungguh). Rupanya dia gaduh dengan 'boboy' dia. 'Boboy' dia tak hantar dia nak balik kampung.***isk

Dalam bas..best best best! Lagu semua jiwang!!! Bila lagu " Di sana menanti, di sini menunggu" aku lelap~~~(tak suka lagu tu ). Tiba-tiba aku terjaga, tengok kiri kanan. Hah! Aku kat mane ni!!! Terlepas ke?? Adoila..macam mane boleh terlepas!! Aku rasa badan aku mcm terkena kejutan eletrik (terkejut). Rupanya aku mimpi aku terlepas monorail. Loh!! Dalam bas pun boleh mimpi!!!

Sampai rumah, terus melahap! Bantai makan nasi sampai 2 pinggan!! Ha amik ko (hilang diet). Lepas tu makan antibiotik..(mencegah dari awal adalah baik).

p/s: macam mane lah esok.. ;)

Cik By

3 comments:

Miss K said...

Confident jer ko tanya psl tiket bas tuh kat kaunter yg salah... :P

jai.jezz ^.~ said...

yerkk sengal minah tu melalak disebabkan boboy dia tak antor.. gedik rase..

Byzura MJ said...

Miss K : isk** konfiden nak menunjukkan orang Mentakab..last2 salah kaunter...hahaha

jai.jezz: hahaha..nasib baik die tak gediks sgt :P dia nangis je..boboy dia dtg gak suruh turun tak mau..merajuk~~