Showing posts with label Kampung Halaman. Show all posts
Showing posts with label Kampung Halaman. Show all posts

Friday, November 5, 2010

Super duper happy!! Alhamdulillah.

Tadi sesi berjalan dengan mak. Saje usha barang sikit.


Sesi tunjuk baju indaman untuk majlis akan datang pun sudah. Tunggu approval dari my BIL pula. Lupa nak bagi dia tengok haritu. Ades. Macam manalah boleh lupa. Kalau dia tak lulus, mati kena cari yang lain.


Tiada projek DIY untuk bunga telur. Tskk tskk sebab tengok cost macam lebih kurang je. So mak cakap beli je! (tapi kan mak, kalau tambah sikit-sikit hiasan lagi cun! ada hati lagi nak buat DIY =D)


Oh tadi kan kan kan... terjumpa salah satu barang yang aku idamkan!!!! So aku rembat sampai 2 pasang!! Huhuhu.


Itu saja berita dari kampung.


p/s : Terima kasih Allah kerana memberikan aku, seseorang yang pendengar. Syukur~


.:. By .:.

Tuesday, September 7, 2010

Ada sesuatu nak share!

Wes!


Hari ini adalah hari last bekerja. Then, akan bercuti sampai 19 hb *dalam kurungan ingat bapak ko punya company?*. Kata mandatory cuti :D. Terima kasih company bagi cuti lama-lama.


Sangat tak sabar nak balik kampung tengok rumah kecil tiang seribu itu, dah siap renovate. Kesian mak punggah barang sorang-sorang .


pict google-ed

Mungkin balik kampung nanti, kerja mengemas rumah sudah menanti. Sebab, mak sudah dua hari call.. "baliklah baliklah..kemas rumah ni". For sure aku kena mop, angkat ini itu. Takpe mak demi mak! Janji dapat minum segelas dua


Tapi, kakak pulak nak balik esok. Nak shopping lagi katanya. Haih! Wa dah tak sabar ni woittt! Boleh tak wa bawa angkut semua anak lu, pastu esok lu naik bas sesorang esok, boleh? Hehehe.


*************************


Dan ini pula, nak cerita pasal Marcos (atas permintaan, aku diminta merahsiakan identiti Marcos sebenar).


Sebenarnya, Marcos inilah banyak tolong aku dalam DIY card dan doorgift tag. Terima kasih, Marcos! Hasil tangan anda sangat memuaskan hati semua pihak. *tepuk!!!! wuuuhuuuu!*


Mula-mula nak design card dan tag dengan corak bunga-bunga je. Tapi bila tengok projeck-projek DIY Mat Salleh, so aku nak tukar lain sikit.


So, dapat idea dengan menyuruh si Marcos ni melukis gambar aku dan dia.

Jadi tak? Ngeh ngeh ngeh. Aku tukarkan reaksi muka aku kelihatan sengeh gedik sikit. Dan, aku pekatkan lagi line-line garisan itu. Takpekan Marcos?



Pada mulanya, nak buat E-invitation card, tetapi plan telah berubah. Tak jadi nak buat E-invitation card.. Tapi, InsyaAllah jadi doorgift tag.






Tada! Hasil last dari kesenian diri sendiri.



Semoga tuhan permudahkan segala urusan. InsyaAllah amin.

.:. By .:.

Wednesday, September 1, 2010

Kuih kampung memang sedap...

Kan? Walaupun ada kat bandar tapi tak sama. Lemak, berkrim, cukup rasanya, cukup intinya. Walahh!


Hari Isnin lepas, decide nak pergi Pasar Ramadhan Paya Pulai, Temerloh. Siapa duduk area Temerloh tahulah kot. Eh kat sana ada nama tempat Buntut Pulau jugak tahu? Gila tak senonohkan?


Selalunya pergi Pasar Ramadhan Temerloh, tapi taknak. Pasar Ramadhan Temerloh, kuih memang banyak tapi haram jadah tak berapa sedap!


Lagipun kepingin sangat nak makan tepung bungkus!!

Ni dia rupa tepung bungkus! Erk gila tak lawa, snap pict guna hp ni. Lawa lagi snap pakai sony aku dulu. tssk.


Ha ni rupa sebenar. Terpaksa google-ed. Aku beli RM 2.00. Weee!


Tepung pelita untuk mak. Tengok santan tu! Meleleh leleh.


Dan ini popia untuk kakak. Ceh siapa tak kenal popia kan?


Ni kerabu sare. Pernah makan tak? Cis sekali lagi hp ni tak best! *alasan*


ok


ok


macam ni rupa sebenar kerabu sare.... pict google-ed lagik! mencik!


Pernah makan tak? Ni rumpai laut. Kalau ikutkan salah kalau jual benda ni. Ni kes seludup lah ni. Hihihihi. Sedap wess rasa dia. Macam kerabu perut. Yum yum!!





Dan makanan seterusnya!!








Hai saya Suci. Cik Su selalu nak ngap saya. Sebab saya suka kacau dia.... Ichu ichu. nampak tetek lah! Hish tak malu..



Woittt!! Padahal ko telek aku dalam bilik kan?


.:. By .:.

Renovate rumah untuk majlis.. ermm

Salah satu tujuan balik ke kampung adalah nak tengok perkembangan rumah yang sedang renovate.


Sebelum majlis ni (sila click), mak dah buat keputusan nak renovate rumah. Dah dekat sangat dah dengan tarikh tu. Tetiba mak cakap macam tu then terus proceed dengan orang buat rumah. Tak dan nak cakap apa apa.


Dulu, pernah offer tapi mak kata hold dulu. Ni tengah nak pakai duit banyak, mak nak renovate pulak. Pening jugak kepala fikir duit-duit oh duit.


Adalah bertekak manja dengan mak... Lepas tu mak cakap..


"Untuk awak juga...untuk majlis awak.."


Oh hugs mak 1000 kali!!!!

bahagian luar dapur.

bahagian dapur. Bilik + bilik air pun renovate.


B2B (bride to be) yang lain ada mengalami masalah yang sama tak? Ceh! Dah pandai guna perkataan B2B. Tapi aku belum lagi. ngehngehngeh!




p/s : jerawat tumbuh bagaikan cendawan. Agaknya sebab rumah berhabuk kot.


Semoga dipermudahkan segala urusan. Amin!
.:. By .:.

Friday, August 27, 2010

Tak jadi pergi Sarawak...

Namun di hati tak terkilan. Malam ni lepas berbuka terus je berangkat ke kampung!!! Kalau tak sabar, dalam kereta pun boleh berbuka! I rela uuu...Janji....


Balik kampung..ho ho ho balik kampung...

Hati girang...

Perjalanan jauh tak ku rasa..

Ingin bertemu mak dan ayah!!!


Yeay!!


Dan dan bercuti sampai hari Selasa!! Yeah!!


Ho ho balik kampung!!! *goyang-goyang punggung*



p/s : tengah kumpul kekuatan untuk bercerita di sini... Ermmmm... tunggu je la k.. bukak hati cerita gak :P.



perempuan gila;
.:. By .:.

Tuesday, August 3, 2010

Kejutan di kampung halaman...

Erm kejutan yang tak terkejut sangatlah...Ada je orang sms tanya kejutan apa kat kampung. Mungkin sebab entry aku yang lepas. Ada yang tanya " ko dah bertunang ke" Ye ye ye aku dah bertunang...


Bertunang dengan......



Cabonara Mushroom! Hahaha ok tak lawak. Memang dah lama jatuh hati tapi tak try buat. So last Saturday buat benda alah ni. Ni pun malas-malas. Beli yang instant sudah :D.


Ni bahan-bahannya. Aku gune Prego - Cabonara Mushroom.


Meetball buatan sendiri. Just daging cincang dan bawang india (dipotong dadu). Kepal-kepal supaya bila goreng daging tu tak berterabur bila digoreng nanti.


Mushroom mestilah letak dengan banyakkkk. baru sedap.


Mula-mula tumis bawang India yang telah dipotong dadu. Then letak prego cabonara mushroom tadi. Letak air sikit. Masukkan cendawan. Lebih kurang 3 minit angkat. Curah kuah yang dibuat tadi atas meetball dan pasta.


Tak sedap lah prego ni. Rasa macam maggi. Ahad buat lagi tapi aku letak susu dan lada hitam.


Jiran sebelah tanya ni "ni apa benda nama makanan ni"


"Pasta cabonaraaaaaa~"


"oooo sayonaraaaaa..."



Apa-apa je lah makcik. Asalkan habis licin :D.




.:. By .:.

Sunday, August 1, 2010

Bersiaran langsung...

I dah balik KL. Eceh dah balik KL pun nak bagitahu :P. 2 hari di kampung sangat memenatkan dah seronot!!!


Siapa yang tak seronot balik kampung kan? Neway korang terperangkap tak dalam jem tak hari Jumaat hari tu? Gila jem tahap macam nak raya. Nasib baik bawa auto... Tapi beku gak kaki sebelah kiri sebab tak buat apa-apa.


Tadi pun balik agak jem gak. Sebijik macam suasana hari raya. Hadoi tu belum raya lagi tu.


Eh eh cerita pasal raya. I dah minta cuti Uuuuuu :D.


Ermmm apa lagi eik. Oh ada kejutan di kampung. Nanti I ceritakan!!


Daaaaaaaaaa.. nak berehat-rehat jap. Konon. Padahal nak pergi baca belog orang lain dulu. Pada sesiapa yang komen I tak balas tu, sorry. I langsung tak buka belog semasa di kampung :).




.:. By .:.

Monday, July 12, 2010

Di pagi yang hening....

Semalam masa balik rumah, terus je masuk rumah. Letih sesangat. Tapi masih boleh jalan sambil senyum. Semalam adalah hari yang tercatat dalam memori indah aku. Akan ku abadikan dalam hidupku. Eh. Terjiwang.


Mandi, kedebunggggg baring atas katil. Baca majalah Nur. Then tertido.


Sedar-sedar bunyi msg masuk. Spain menang! heh sukalah tu pasukan dia menang. Reply sms dalam pukul 6 pagi. Sebab, wa terperasan macam wa terketut dalam tidur :D.


Tak senonoh betul anak dara ni!


Dengan lemah longlai, wa terus bersiap-siap ke opis. Lantaklah kena bayar parking ke. Wa tak larat betul nak bangun tadi. Wa tak tengok bola. Tapi, badan wa lesu. Sabtu, wa kena mop lantai, kena sapu sampah, kena tukar karpet. Ahad kena bangun pagi, kemas rumah. Tolong makan mana yang patut. Mak masak wa tak tolong pon :D. Semua dah siap after wa kemas rumah.


Lepas tu duduk tercanguk tunggu orang datang. Eh lari tajuk pulak!


Dah siap pakai baju. Mata tak boleh bukak lagi. Pergi beli pulut kepal salut dengan serunding. Jalan ke kereta, baru perasan. Rumah pangsa yang wa duduki tu, setiap blok penuh dengan bendera SPAIN.


Terasa macam wa berada di Sepanhanyol. Tetapi, bila toleh ke kanan nampak KLCC. Spoil!!! Terus start enjin pecut ke opis!



.:. By .:.

Saturday, June 26, 2010

Berada di kampung...

Sedang berada di kampung. Mendengar bunyi cengkerik. Baru je lepas makan asam pedas. Baru je makan mempelam muda colek. Baru je makan sambal tempoyak.

Sekarang sedang menonton shin chan sambil menggoyangkan kaki. Eh itupun nak bagi tahu.

Mak ok. Ayah pun ok. Mimie, si kucing bapok itu sihat. Makin gemuk si kucing bapuk ni. Makwe tak ada, asyik tidur je kat celah kangkang orang.

Ok Mimie datang untuk gesel-gesel pulak. Bubbye!!!



.:. By .:.

Friday, June 25, 2010

I miss my mom when i sad....

Yes. Aku rindu mak aku. Kalau aku down mesti aku nak tengok muka mak aku. Kalau aku sedih mesti aku nak tengok mak aku. Sebab, aku tenang bila tengok muka dia.


Mom I luv u!!!


Uya makan seafood, pergi dating pun ingat mak la. Bukan tak ingat..selalu ngumpat mak :D.


Esok nak balik kampung!!! Anak ayah nak balikkkkkkk!!! *excited tahap gaban*


Ayah dah bising tak balik kampung. Lama dah tak balik.


Walaupun ayah garang, tapi aku rindu dia gak. Kalau dia tak garang, mana mungkin aku berada di tempat sekarang ;).


Happy weekend!!! Tak sabar dah nak balik, makan ikan phatin.


p/s : saje buat entry ni sebab nyampah dah dengan muka aku pegang duit juta rupiah tu. Hahaha!


.:. By .:.

Friday, February 26, 2010

Si dia balik kampung berjumpa ayah :)

Ye, hari khamis pagi aku dah cabut ke kampung halaman. Lama gila aku tak balik. Ye la nak balik je mak aku tak ada. Dia selalu sangat turun ke KL. Kejap-kejap datang.. Datin la katakan. Datin la sangat! :D.

Dah la panas, kereta akak aku tak ada ekon pulak! Hadoi...semua orang kalau naik kereta, selalunya tidur, jadi tak tidur langsung..Panas macam mau tidur..

Termasuklah Suci. Terpaksa aku layan dia..Nasib baik ada si dia.. Leh layan si Suci tu.. Hahaha!

Korang nak tau siapa?
Ni ha!! Si CT aka Piko ni. Hehehe..Putih tidur kat belakang. Piko pun tak boleh tidur. Bulu lebat, lagi la panaskan?

Tapi dia sungguh baik..kejap kejap datang kat aku.. meow-meow sikit..pastu diam..

Baikkan dia? Duduk je :D.
Ni ha ayah dia. Bawa balik jumpa ayah :D. Mak dia si Putih mata warna sebelah kuning dan biru tu dah bagi balik kat makcik aku. Sebab dia nak kacukkan dengan kucing jenis lain lak :D.
Kesian kucing, cinta nya terpaksa di kongsi..Kalau manusia, tentu patah hati..Haih~

Thursday, February 25, 2010

aku mahu aku mahu!

Jam tepat pukul 12.37 pagi, aku duk belek-belek rambut ni....sudah panjangkah? Cukupkah panjangkah?

Ni semua gara-gara nak balik kampung. Sebab, kat kampung je ada salun kegemaran. Memang tiap kali nak gunting atau ubah style rambut aku akan ke salun tu..

Pernah cuba kat salun lain...Tapi hasilnya sangat sampah! Macam gigit di tikus je rambut aku dibuatnya!

Salun yang itu juga aku berkenan. Cina punya. Kalau pergi salun dia, mesti aku tengok sorang-sorang pekerja dia. Tiap kali aku datang, mesti diaorang tukar style rambut. Muka tak cun pun jadi cun sebab rambut tersangatlah stylo!

Aku dah nak buat style ni memang dah lama. Dari style ni tak popular lagi :P. Tapi rambut aku tak cukup panjang nak buat style ni..Tu pasal aku pakai minyak zam zam tu...Aku rasa aku ada cerita kat entry yang lepas-lepas. Siapa jadi follower aku tahu la kot :P. Heh!

OK. Aku tunjuk lagi style aku idamkan...Macam ni hah!

picture google-ed

Lawakan? Ni Bunga Citra Lestari. Aku memang minat dia :D. Macam mana nak kulit mulus macam dia eik? Ada idea? OK lari dari tajuk pula.

Lawa tak aku nak buat style ni? Tapi rambut aku macam tak cukup panjang la :(. Kang terjongket pulak! Hish!!

Erm aku terpaksa tanya cina tu..sesuai tak..Oh ya salun yang aku pergi ni, selalu bagi pendapat tentang rambut. Pastu dia akan bagitahu sesuai tak dengan muka :D.. I like!!

OK la. Aku rasa aku terpaksa tidur..sebab aku kena drive esok pulang ke kampung!!!!

Hoyeh hoyeh!! Aku akan bercuti start esok sampai monday!!! Wuhuuu...Mak!!! Uya balik!!! *pelok pelok :D

Thursday, December 24, 2009

Home sweet home...

Sedang berada di kampung sekarang. Alhamdulillah sampai akhirnya. Tiba-tiba sampai rumah menjadi bosan sebab terpaksa layan wonderpet?

Kenapalah rancangan tu sangat menyakitkan jiwa dan raga aku. Rasa nak lempang je itik kuning tu. Heh. Tetiba nak emo kan? :D

Serius, rancangan tu aku benci buat masa sekarang. Nak nak bila kelua lagu bekerjasama tu. Annoying :P.

Lapar lo. Jom layan bubur lambuk mak masak! Penuh ulam-ulaman. Bukan macam bubur masjid jamek tahu? Ni style ganu. Ganu kita woooo woooo wooo..

Heh perasan tak? Blogger-blogger senyap jo. Semua pergi bercuti ke?

OK tukar sudah :D

Tukar header, background dan nama. Puas hati. Ini bercik cik bagai. Tak payah lah. Bai saja. Senang. Bukan bai roti ya? :D

Mungkin pada waktu ini aku baru bangun tidur :P. Atau tengah buang tahi mata. Atau tengah melabur. Atau sudah berangkat pulang ke kampung. Yeah!! Balik kampung hohoho balik kampung hati girang!

Jangan nakal-nakal!

Sunday, August 30, 2009

Happy Merdeka Day!!

Selamat menyambut kemerdekaan!
Semoga kita aman damai selalu!!! peace :D

Nak tido..nak simpan tenaga untuk esok..sebab esok nak menjelajah KL! Weeeeeeee!!! Kalau ada baju yang berkenan..rembat je la!!! :P

Balik awal ke kl walaupun selasa masih cuti :(

Cik By

Hari kedua berpuasa di kampung..

Tengah melahap kerabu jantung pisang bersama kerang lagi! Tak berhenti-henti makan ni...macam mano? Lepas satu-satu, aku makan.. Lepas makan nasi, aku ratah lauk...lepas ratah lauk, aku makan bihun sup..lepas makan bihun sup, aku makan ketupat sotong, lepas tu makan kuih...Adoiya...

Tadi sempat pergi pasar Ramadhan kat Temerloh. Membeli air tebu, kuih-muih, nek bak dan pisang sira...

Malam ini mahu ronggeng-ronggeng dengan kakak.. Mahu tengok orang berpesta menyambut merdeka orang ramai membeli-belah. :D

Tadi sempat juga aku membuat biskut raya..choc chip cookies.. :P

Hajat nak buat brownies tapi tak jadi..Hari ini sangat panas la kat Pahang ni..Sampai kan aku duk tepi air tebu tadibanyak minum air.

p/s : Nanti aku upload gambar makanan 'fav' aku eik? Masih fenin!! Nak g Serawak ke tak ni..Tambang free, semua free...Sediakan duit shopping je! How?? tapi kesian pulak kat mak..Nak bagi mak pergi ke aku ni??? * berfikir!!

* Happy besday to CPM. Moga dipanjangkan usia dan murahkan rezeki :P

Cik By

Saturday, August 29, 2009

Kenyang gile...

Sekarang berada di kampung :). Banyak aktiviti berjalan dengan jayanya pada hari ini! Weeeeeee. 'Mood' raya bagaikan menggila..hahahahaha! Telah berjaya membuat 2 jenis kuih iaitu, tart (gulung & biasa) dan honey cornflakes :P.



Tidak langsung ke pasar Ramadhan sebab juga telah berjaya membuat sardin roll dan tortico....


BlurrrrrrrrrPppppP!!! Kenyang...nanti2 update k...skang nak tido! kekenyangan!

p/s : kakak ajak g Serawak..Mcm mano?? Nak ambil cuti lagi ke?

Cik By

Sunday, August 23, 2009

Alhamdulillah...

Alhamdulillah, hari itu selasailah sudah majlis bacaan yasin di rumah Pahang. Takut gak, tiba-tiba tak jadi kan? Walaupun ada sketsa yang berlaku pada pagi tersebut (tak payah diceritakan di sini). Tapi betul-betul bersyukur sebab, masa tengah-tengah orang baca yasin pun ada lagi orang datang. Sampai orang terpaksa duk luar.

Makanan hari tu gak habis di baham oleh aku licin. Ramai yang memuji ' Nasi Kerabu' sodap.. Memang akuilah memang sedap * wink (puji mak sendiri).

Majlis ni adalah niat aku.. Dah lama tapi belum tunaikan. So, aku sendiri pilih sebelum puasa kena gak selesaikan. Betul lah, if jalan itu baik maka tuhan permudahkan.

Yang tak sangkanya, dalam kumpulan yang datang untuk membaca yasin tu salah seorang adalah cikgu aku yang pernah mengajar aku dan pernah lah campak buku aku sebab tulisan aku macam cacing . Aku tanya dia, kenal aku lagi tak? Dia cakap, tak ingat dah. Ye lah, ajar aku masa darjah 4..manelah dia ingat (nak nak dia jalan pun dah tak larat).

Yang mana aku tak jemput tu jangan lah terasa hati ya ? Nanti aku kawin aku jemput Sebab majlis ni bukan besar-besaran pun :P



p/s: tahun depan boleh lah buat lagi..seronok!! InsyaAllah. Untuk jai.jezz nanti kite buat n3 pasal nasi kerabu. Lupa sambal untuk nasi kerabu tu letak apa XD

Cik By

Saturday, August 22, 2009

Pengalaman yang tak best..

Sorry la lambat 'update'. Betul-betul otak bercelaru hari itu..Masa nak balik Pahang tu?? Best sebab tak ramai yang naik bas tu tapi yang tak bestnye, ada pendatang haram naik!!!

Geram betul kat 'boy' yang bawa bas tu, dah la banyak mulut. Dia nak borak ngan aku tapi aku buat tak layan. Ye lah, aku dah lah letih kan?

Last2 dia katanya aku ni bisu!! Ha lantak ko lah labu..malas aku nak layan. Aku pun pasang lagu kuat-kuat kat telinga ni. Naik berdesing gak la :D

Pastu sampai je Karak, ada pendatang haram naik bas tu. Dengan membayar tambang kepada 'that boy' tadi (si dreba tu, kira amik untung la ni). Aku ok lagi la bila naik...Lantak p la kan??

Tapi aku tak tahan sebab dari mana ntah datangnya pendatang haram tu..Pastu semua hisap rokok gudang garam (betol ke aku eja ni??). Ya Ampun~~ baunya tak hingat!!

Istifar2~~ dengan kesabaran, aku sampai gak kat KL :P Alhamdulillah!!!

p/s: Entry ni mcm 'mak tiri' taip pun ada.. sorry!! yang sebenornya tengah menahan perut dengan bau-bauan masakan kakak aku :D.. Katanya, nak masak siakap kukus, tomyam, daging goreng n kangkung belacan!! walah! Alhamdulillah syukur di hari pertama berpuasa~~ nak pergi pasar Ramadhan :D

Cik By

Wednesday, August 19, 2009

Bubur kacang Pengat durian menusuk kalbu..

Sudah terima menu tambahan dari jiran, pengat durian :P Walahhhhh! Sungguh menusuk kalbu hati beta . Wakakakaka (gelak sultan jahat). Beta tengah bersiap-siap ni, menunggu kedatangan tetamu.. Dari tadi beta pakai baju tidur berkain batik tshirt dan seluar sahaja.

Bubye pengantin nak bersiap dulu beta nak bersiap dulu :P.

p/s : Moga berjalan dengan lancar dan diberkati olehNya. InsyaAllah. Amin~~

* salah lak..bukan bubur kacang..pengat durian la!


Cik By