Monday, August 10, 2009

Tips mencuci muka!

Aku bukannya pandai sangat nak bagi 'tips' sebab aku sendiri comot! sebab aku bukan ada ilmu dalam 'facial' muka ini. Tapi tak salah aku mencubakan? Tak ada lah, cuma aku nak kongsi sebab dulu aku ada cuba produk Mary Kay Beauty tu kan. Jadi masa tengah-tengah mencuba produk itu, 'consultant' itu ada bagi 'tips' untuk mencuci muka.

'Tips' adalah :

1. Hanya menggunakkan 3 jari seperti gambar di atas (sila abaikan background tu :P).

2. Meletakkan pencuci muka di atas salah satu jari (dengan jumlah sedikit) Jangan amalkan letak pencuci muka dengan kuantiti yang banyak (kadang-kadang kita suka letak banyak biar buih tu kelua banyak kan?) sebab pencuci banyak bahan kimia. Nanti muka jadi kasar.

3. Titikkan pencuci muka di 4 tempat iaitu di dahi, pipi kanan, pipi kiri dan dagu.

4. Mencuci muka dengan bermula dengan dagu dan ke atas. Kalau boleh di kawasan T dahulu sebab tempat berminyak.

5. Mencuci muka dengan urutan bulatan (mengikut clockwise :D).

6. Jika pencuci itu kering, anda hanya perlu merendam jari ke dalam air dan menyambung kembali mencuci. Tidak perlu menambah kuantiti pencuci muka tersebut.

7. Jangan 'tenyeh' di tempat jerawat dengan pencuci muka (kadang-kadang, orang buat sebab nak jerawat tu hilang cepat kan?). Tak usah! Sebab pencuci muka adalah mempunyai bahan kimia! Ingat tu.. dan lagi satu, ia akan memberi tekanan pada kulit.

8.Selesai, haruslah mencuci dengan air suam.


p/s : 'Housemate' mencuci muka dengan air batu pada waktu pagi. Kadang-kadang aku cuba gak. Memang terasa perbezaan.



Cik By

9 comments:

rynn2506 said...

by,
tahun lepas kite pon ade join satu prog yg ditaja oleh product mary kay ni gak...inilah jugak cara yg diberitahu...agaknye kite ade dlm course yg sama x??
hehehehe

Byzura Mj (By) said...

ye..ye ke? hihihi maybe...td berkesan la gak taktik tu kan? eh rynn nape kite nak comment awak tak boleh?

khairie rahman said...

ler, cara ne aku dah tahu bertahun-tahun lepas dah.. tips laen?

alfian said...

nampak mcm tgh study utk PTD je tuh... hihihihi....

Byzura Mj (By) said...

khairie rahman : takpe aku kasi tahu sape yang tak tahu..

alfian : erk????

alfian said...

tu ngah baca notes kat laptop tu? muahaha....

Byzura Mj (By) said...

tu bace duk buat documentation tu..tender spec...wakakakaka

Marcos said...

siapakah alfian itu??
scandal baru kah?
hahahahahahahahahahaha XD

Byzura Mj (By) said...

Marcos : mungkin (icon ym bersiul)