Friday, September 18, 2009

Gurl & Boy perlu tahu....

1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang
bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu
bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.


2. Bila dia tidak menghiraukan anda selepas anda
menyakiti hatinya, lebih baik anda beri dia masa
untuk menenangkan hatinya semula sebelum anda
menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci
tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu
ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu
putus di tengah jalan).


4. Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan
seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di
fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar
dengan wanita lain.


5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung
tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti
coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu
tidak tahu macam mana nak menerima pujian.

7. Jika anda tidak suka dengan gadis yang
sukakan anda separuh mati, tolak cintanya dengan
lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat
dalam diri wanita yang anda tak akan tahu kerana bila
dia dah buat keputusan dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri
dari anda selepas anda tolak cintanya, biarkan dia
untuk seketika. Sekiranya anda masih ingin
menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia
perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.
Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara
termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang
mereka ni langsung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood
wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya
dalam diam memberikan respon positif, misalnya
menghubunginya melalui telefon, si gadis akan
bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,
tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan
menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,
semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi
wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.


14. Jika kamu menyukai seorang wanita, cubalah
mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia
mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan
setiap kali anda ajak berjumpa, tinggalkan dia sebab
dia memang tak berminat dengan anda.

16. Sekiranya sorang lelaki jatuh cinta dengan sorang perempuan,perempuan itu akan
sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki
lain.

17. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu
panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

18. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

19. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya
kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.


20. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat
hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

21. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh
wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah
dirinya sendiri.

22. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang
dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

23. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

24. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

25. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata
nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

26. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa
sebarang kompromi.

27. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

28. Senjata wanita adalah airmata!!

29. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise
buatnya.


30. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan
baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

31. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu
hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.


Tanyalah hati, apa yg dirasakan saat ini. Cinta itu satu perasaan yang halus suci. Ia hadir tanpa diminta, tanpa diduga, tanda disedari. Tetapi, setelah kehilangannya, barulah kita sedar bahawa itulah diminta hati. Jujur pada diri.. Sesungguhnya cinta yang ikhlas suci tidak hanya menerima, tetapi memberi.. begitu juga sebaliknya.

credit to http://atiqah-naa.blogspot.com/

No comments: