Thursday, September 17, 2009

Sarawak...

Sebenarnya tak ada 'mood' nak bercerita, gara-gara 'mood' raya berlebihan sebanyak 150 % dari menceritakan hal pergi Sarawak hari tu :P. Dah tak sabar nak balik raya! Hari-hari aku dok dengar lagu raya kat Hot.fm. Mau tak hati ni meronta-ronta nak balik ke kampung?!!


Aksi Suci sebelum naik kapal terbang. Gementar ye dik? Suci baru pertama kali naik.. So dia sangat teruja!

Gambar orang jakun..tiap kali naik kapal terbang mesti amik gambo..hikhikhik

Aku mengakui dengan jujurnya, aku tak pernah lagi menjejak kaki ke Sarawak..hihihi.. Hati nak pergi Sabah dahulu, sebab ramai cakap Sabah 'better than' Sarawak. Tapi rezeki ke Sarawak dahulu. So, terima dengan hati yang terbuka :D.



Ops sebelum naik pon bergambo. Aku bawak kotak kuih raya tu :P


Hari pertama sampai di Kuching, dapat pergi ke Serikin. Pasar Serikin lebih kurang 1 jam setengah dari bandar Kuching. Macam-macam ado! Murah gila ok? Barangan dari Sarawak dan Indonesia. Serikin ni sempadan Sarawak-Kalimantan. Ada yang berkualiti ada yang tidak. So, pandai-pandai la pilih :P. Pasar Serikin hanya buka pada hari minggu sahaja. Korang kena pandai tawar menawar. Kalau tak, main cekik darah je la, sebab diaorang tahu kita orang luar.

Ni ngah jalan-jalan cuci mata kat Serikin. Aku berjaya rembat kain lance. Satu untuk mak dan satu untuk aku.


Dekat pasar itu, banyak gila telur penyu. Tapi diaorang jual sorok-sorok. Katanya salah di sisi undang-undang. Beli sampai 100 telur penyu. Aku hanya sedut 6 biji :D.

Malam berbuka di Buntal...Tengahmalam plak try mee kolok (macam rasa mee kicap skit...). Aku try mee kolok ayam!

ni dekat perkampungan mana ntah. Lupa lak aku..Bergambar kat lombong :D.


Keesokan, aku pergi jalan-jalan kat bandar Kuching. Huh banyak gila orang jual kek Serawak dan kedai kraftangan. Rabun ayam aku jadinya :D

Pada malamnya, telah pergi ke majlis meraikan anak-anak yatim..tengok gambar je la eik? Malas lak nak bercerita :P.
Bersama abang kesayangan. Eh salah bersama Fahrin ;)


Bersama Zed Zaidi.. Masa ni aku menyakat dia. "Orang Mentakab budak kampung awok". Tu yang tersedak dan bulat kan mata tu. Terkejut..hehehe nakal x aku? XD
(masa ni muka letih gila so abaikan!)

Tengahmalam seperti biasa lepak di Satok mencuba mee kolok daging lak. Tapi kedai yang berlainan ngan semalam. Best! Ternyata mee kolok daging ni lagi better!


Ada gak berjalan-jalan di kampung di sana. Sungguh meriah!! Sana kalau sambutan raya memang meriah dari sini. Penuh ngan pelita. Kalau kat sini aku rasa Melaka je buat cam tu :P
Jarang sekali kat sini pasang pelita lama-lama (sebulan).


Di homestay...
Kereta yang telah dipinjam pakai oleh kami...

Itu je la kot cite aku ke Sarawak. Takde mood dah ni!!! Aku rasa semua orang pun dah menyepi untuk berfacebook..berblogging..hihihihi..kan kan kan?

Sori entry ni macam minah rempit bawak motor balik kampung! :P


Cik By

2 comments:

Unknown said...

jeles ni tangkap gamba ngn fahrinnnnnnnnn

Byzura Mj (By) said...

hiks..jangan!!! sila jeles!! muahahaha