Saturday, September 5, 2009

Labuci...

Sekarang tengah menggila menjahit labuci... sampaikan waktu-waktu yang terbuang telah berisi penuh dengan aktiviti ini :D. Habis baju lama dan baru direkacipta supaya ianya naik seri :P. Termasuk lah baju raya aku. Baju raya telah dibeli tadi (tidak sabar nak menyambut raya! Walaupun cuti aku hanya sedikit saja).


Rembatan labuci telah berlaku hari ini gara-gara hasutan dari mak dan kakak aku *wink! Mana boleh nanti diaorang cantik, aku tak cantik :P.


Telah pergi ke Jakel membeli sedikit kain .. Jalan-jalan di Ariani untuk melihat 'design' labuci di tudung. Boleh meniru sedikit idea dia (ops!). Al-maklumlah, aku budak baru belajar. Perlulah melihat contoh orang kan?



Telah berjalan-jalan di kedai labuci , sekitar Jalan TAR..



Inilah hasil rembatan labuci yang dilakukan oleh aku tadi :P.


p/s : mintak2lah tak punah baju aku ;)


Cik By

4 comments:

Unknown said...

waa..bestnya...kalo tambah labuci...nmpak glemer cket raya ni..ehehe ;)

Byzura Mj (By) said...

ah ah..betui3..hihihihi

Anonymous said...

xlame lagi raya..hehe...slamat berkenalan..blog walking..

Byzura Mj (By) said...

Maduz : slamat ;). thanks