Sunday, September 6, 2009

Lauk berbuka semalam di rumah kakak..

Al-maklumlah bulan puasa ni..maka dipenuhi dengan segala gambar-gambar makanan. Seronok bulan puasa ni..kamu seronok? Bila dah pukul 12.00 tengahari je 'confirm' aku dah fikir apa aku nak masak untuk berbuka..


Mak dan akak pula, suruh beli je masa berbuka. Ye lah sorang-sorangkan? Buat apa nak masak. Tapi aku lagi suka masak. Jimat dan puas hati.. Kalau beli, dah la mahal.. Kadang-kadang basi pulak tu!!! Dari memaki hamun masa tengah berbuka tu (sebab tak puas hati makanan yang di beli tu basi), baik la masak sendiri. Kalau terlebih masin ke, tak adalah rasa terkilan sangat. Sebab, salah sendiri :P.


Cuma kalau hari Sabtu dan Ahad je aku bercuti memasak. Sebab balik rumah kakak..Kadang-kadang tak payah masak langsung, kadang-kadang aku masak 1 jenis lauk je (tolong-menolong, amalan mulia) :D.


Semalam dalam kekecohan.. yelah balik pun lambat kan? Pergi jalan-jalan kat Jalan TAR, sempat gak la masak! Nasib baik.. Mak sempat masak ayam percik..Aku? sediakan air sudah :). Agak pemalas jika mak ada XD.







p/s : Sudah siap menjahit labuci di sepasang baju kurung :D. Akan meneruskan usaha untuk satu baju lagi! Psst.. Aku kena tegur dengan kakak sebab duk snap pict.. "Orang sibuk nak berbuka, ko sibuk nak ambil gambar". Nasib baik mak pandai cover.. " nak masuk internet la tu ".. lalalalala~~~


Cik By

2 comments:

0wh bulan said...

mak ai, aym sedap nyer. haha.

CiK By said...

Owh bulan : memang sodap...yummy!!~~~~