Tuesday, September 1, 2009

Rezeki bulan Ramadhan...

Wahhh!! Teruja gila bila tengok rakan-rakan sudah aktif menceritakan hal masing-masing di blog meng'update' blog. Terasa ingin ber'marathon' dan berkepochi sebentar membaca semua story-morie. Terasa terkilan, juga jika tidak membaca aktiviti kawan-kawan, selama cuti 3 hari lepas! Tapi apakan daya mata sudah kuyu :P.

Ni pun tengah baca laju-laju (sebab nak kerja masa..time tidur sudah sampai)..sampai naik juling mata aku ni nyah! Apa tak nye 2-3 page bukak...semua nak baca...ape kejadahnya!!

Esok kalau sempat bukak internet, aku buat 'marathon' la gamaknya :P

Esok sudah kena kembali ke pangkal jalan... ;) (aku adalah masih bercuti hari ini).

Sesi malam pada hari ini adalah sangat menyonokkan sebab dapat makan free! Juga dapat menjadi model tambahan..Hiks! Syukur..rezeki bulan Ramadhan! Nak tengok gambar?? Tengok la, kalau muka aku cantik macam maya karin aku akan tepekkan di sini :D. maka tidak terkilan la tidak dapat berbuka di PJ Hilton hari ini
Cik By

No comments: