Thursday, October 29, 2009

Cerita perempuan tak senonoh semalam..

Semalam aku pergi meeting, dari pukul 9.00 pagi sampai pukul 1 tengahari. Pastu ada meeting lagi pukul 2.30 petang sampai 5.30 petang. Nasib baik la aku sempat sarapan Laksam pagitu. So, perut pun tak ada la keroncong sangat, refreshment pun ada...

Meeting punya meeting, tengok jam dah pukul 1. Huh!! Punggung sudah panas!! Bila nak habis ni?? Tengok lagi 1.30 tengahari.. Adoi perut dah mendendangkan lagu keroncong campur dangdut dah :P. User sambung menyambung cakap. Aku dah tepu dah. Tak masuk dalam otak langsung dah..

Pukul 2 petang baru habis meeting. Lutut aku ketar-ketar. Biasalah tak makan lagi. Kalau makan aku rasa tak sempat dah. Nak pergi menara TM lak. Erm..tengok kat meja ada sebungkus maruku. Bukak terus makan macam orang kebulur!

Aku kemas-kemas laptop semua. Pastu aku berjalan ke Menara. Kunyah sambil jalan. Macam orang meroyan jumpa maruku :D. Lantaklah orang pandang aku ke apa. Aku lapar tau!!

Sampai kat Menara, duduk jap pastu pergi News.com mencari susu atau yogurt.. Sambung makan maruku kat bilik meeting. User dan vendor semua datang, d*********************!!! Aku lupa nak ambil projector!!

Aku berlari ke office aku balik ambil projector..huhuhu! SESWEL!!

Pukul 8.00 malam macam tu barulah aku makan di Bagan Klang. Habis diet aku. Aku makan nasi malam tadi.. Aku makan sampai lebam!

Sangat tidak senonoh semalam :D.

3 comments:

~amy liana8886~ said...

xyah diet la..makan je kalau nk makan..hihihi..meeting menda yg paling sy xsuke..

anaklaut said...

salam...

meeting apa lamanya..'tak ada rest ko..

mesyuarat kabinet PM pun tak lama mcm tu..

:))

CiK By said...

amy : pipi dah tenbam..kena diet :P..yerp meeting ngantuks!!

anaklaut : huhu meeting gather info..tautakpe :P