Friday, October 23, 2009

Kelli's Castle, Batu Gajah. Perak

Haritu, aku ke majlis perkahwinan kawan aku. Sempatlah singgah kat Kelli's Castle, Batu Gajah. Dari jauh dah tengok bangunan tu berdiri megah walaupun tak siap dan lama. Kalau korang nak pergi, amik exit gopeng dan menghala ke Batu Gajah. Bangunan ni terletak tepi jalan je... Masuk hanya RM 4.


Kelihatan seperti beruangkan?

Permandangan dari laluan ke Kelli's Castle


Dirancang untuk dijadikan tempat sembahyang


di kawasan atas sekali. Cadangan untuk kawasan tenis


Pandangan dari atas, adalah sudut dapur


Di kawasan bilik yang hendak dijadikan spt klinik kalau tak silap (lupa lak sebab banyak sangat sudut kat castle ni :P)

Sejarah~~


William Kellie Smith berasal dari sebuah kampung bernama Kellas di bahagian timur laut Scotland. Beliau datang ke Tanah Melayu pada tahun 1890 ketika berusia 20 tahun. Semasa di Pulau Pinang, beliau berkenalan dengan Alma Baker, seorang kontraktor di Kinta. Beliau kemudiannya berjaya di Batu Gajah sebagai pengusaha ladang getah Kellas Estate, Kinta Kellas Estate, dan lombong bijih timah Kinta Kellas Dredging Company.

Di zaman kegemilangannya, hartawan Kellie Smith telah membina sebuah bangunan yang besar dan indah bagi kediaman keluarganya. Bangunan yang diberi nama Kellas House mula dibina pada tahun 1910. Bangunan tiga tingkat itu dibina mengikut rupabentuk sebuah istana di India. Tukang-tukangnya dibawa khas dari Madras. Bangunan yang mempunyai 14 bilik, sebuah cellar dan terowong rahsia itu juga akan dilengkapkan dengan lift iaitu yang pertama di Tanah Melayu. Di tingkat kedua, akan dibina sebuah padang tenis dengan lantai simen. Berita mengenai bangunan itu pernah disiarkan dalam akhbar London Financier pada 15 September 1911. Akhbar itu menyifatkan rumah ketua pengurus Ladang Kellas itu mungkin yang paling unik di seluruh Timur Jauh, baik dari segi bentuk mahupun besarnya.


Secebis kenangan~ Congrats Wani.. Moga bahagia dunia akhirat :)

2 comments:

FdausAmad said...

Salam,

Gua nak ajak lu dtg lepak blog gua.
rilek rilek.

Selambe..

CiK By said...

ok nanti wa terjah.. (tiba2 rowk auww!!) :D