Friday, November 20, 2009

Jakarta!

Bandar Jakarta.


Ok dah cerita pasal Bandung. Sekarang, cerita pasal Jakarta! Lepas je pergi Bandung, trip to Jakarta lak. Sewa kijang (Unser) untuk ke Jakarta. 2 jam perjalanan. Tambang adalah berharga 100++.

Driver kijang ni ok sikit, sebab kiteorang boleh singgah mana-mana je (dia tak kisah, cuma bagi belanja makan). Oh ya! Sesiapa nak pergi Jakarta,Bandung..Jangan tertipu dengan ulat di sana k! Ulat tu driver-driver kijang yang suka charge lebih kat kita. Nak-nak, bila dia tahu kita org semenanjung.

Dalam perjalan ke Jakarta, kiteorang singgah di Bugor. Bugor tempat dia dingin (sejuk) sekali. Macam Cameron Highlands. Sepanjang perjalanan ada orang jual lobak (tidak dibuang akar dan dedaun). Sangat fresh! Tapi buat apa beli..Buat berat je kan? =P

Singgah jap kat Taman Safari. Jalan-jalan di Bugor, banyak kedai jual lampu-lampu antik. Kakak aku berjaya rembat 2-3 jenis lampu(biasa lah dia memang suka antik-antik ni).


Di hadapan Taman Safari


Pastu singgah di kedai makan nasi padang. Driver tu cakap kedai tu paling 'femes' sekali. Tak ingat lak aku ape nama kedai makan tu. Diaorang akan letak pelbagai jenis makanan kat atas meja. Memang banyak! So, amik yang kita nak je. Dia charge ikut berapa banyak kita ambil. Hati-hati ya!

Di hadapan apartment yang kami menginap di Jakarta.

Sampai di Jakarta, wah agak kagum sikit. Sebab Jakarta lagi moden dari Bandung. Tiada orang yang minta sedekah (sampai tarik-tarik) macam di Bandung. Ada pun sikit je bilangannya.

Tapi pelik lak di Jakarta. Yang tidak kemampuan akan tahan kereta dan kereta itu akan bagi tumpang dan bayar kepada penumpang tu. Hanya kereta yang kosong je mesti mengambil penumpang-penumpang ni. Kalau tidak kereta kosong ni akan disaman oleh polis (kereta tidak boleh tiada penumpang ).

Aku tanya kepada Pak Supir(driver) tu, kenapa? Dia cakap sebab rakyat sini tak ada kerja. So, itulah rutin diaorang dan cara diaorang mencari rezeki. Sampai gitu ek?

Pagi-pagi buta kami menuju ke Pasar Tanah Abang. Kalu di Bandung, terdapat pelbagai jenis kain. Di Jakarta pula, tertumpu pada baju-baju yang kerawang, kebaya.. Kain juga ada, tapi aku suka kualiti kain di Bandung dari Jakarta.

Di hadapan Pasar Tanah Abang.


Baju-baju inner, paling murah aku dapat 3 helai RM 10. Murahkan?

Di kedai KL village. Bangga aku!

Gereja apa ntah. Tapi bila aku tengok macam dalam filem Harry Porter lak =D.



Di hadapan Masjid Istiqlal. Luas gila masjid ni.


Pastu sempatlah berjalan-jalan ke Shopping Mall di Jakarta. Banyak gila! Kalau di sini hanya 1-4 je yang terkenal dan gah (KLCC, Mid Valley, Sunway Piramid, Pavillion) tapi di sana lebih kurang 10 shopping mall yang terkenal!

Di hadapan HardRock Cafe.

Sempat juga singgah di HardRock Cafe. Dan aku sempat merembat kasut converse limited edition di butik Converse :). Kalau di sini kasut tu berharga RM 200++. Di sana, aku dapat dengan harga RM 120++ je..


Percutian 7 hari 6 malam tersimpan dengan seribu kenangan :).

Kakak dan abg ipar. Ber'background'kan bandar Jakarta.

Rombongan Cik Halimah jongang =D

*pictures adalah random.

Sekian =D

7 comments:

Lynda said...

nak g lagi!!!

CiK By said...

sila g lagi!! hihihi bila?

~AmyLiana8886~ said...

bestnyer..xleh g overseas sb xbyr lg ptptn..hehe

Redbloodsnow said...

By cygggg...lenkali if pi mai jakarta lg kan, inform zie ea. leh org bank in duit soh By belikan kain baju kebaya kat sane. tuh baru originally from jakarta...hehehehe


best arrrrrrrr pi holiday sane...hikss :)

CiK By said...

AmyLiana : ye ke sampai cam tu sekali?

langsung tak bayar ke?

Zie :insyaAllah..boleh je..tapi mesti ada bungaan nye =P hahaha

best! nak nak mcm Zie yang nak kawin =D

khairul onggon said...

wah... shopping raya lah ni.. best nye.. tak sabar nak gi januari ni :)

CiK By said...

khairul : tak la..tu tahun lepas =P..ye ke? wah!!