Tuesday, December 1, 2009

Cerita si Tanggang di hari raya..

Raya hari tu, buat kedua kali tak balik beraya Haji di kampung. Last sekali masa belajar dulu, terpaksa tak balik kampung semata-mata nak tambah markah dalam subjek agama.


Teringat lak waktu beraya di kampus (wah lama betul tak guna ayat ni), kena tolong orang potong-potong tomato la..kentang la..amal jariah la katakan.


Ada satu xcident ni, ada mamat sorang tu..Orang tengah sembelih lembu, si mamat pergi jenguk lah tapi tak tolong pegang ke ape ke..Lepas tu,after sembelih selalunya orang akan lepaskan lembu tu kan? Si mamat ni pergi pegang lak. Agaknya dia nak cool kan lembu tu kot. Habis baju si mamat ni penuh dengan darah lembu..


Sampai skang aku panggil dia superman tak menjadi =D.


Ok bebalik kepada title asal. Raya haritu, family aku raya kat umah akak aku je. Kat KL. Mak paling beriya bawak makanan. Kalau boleh satu lori nak hangkut! =D.


Dengan pisangnya, dengan ikan patinnya, dengan segala pucuk ulam mak bawak.. Termasuk lah makanan ni...

Lemang, ketupat (tak sempat merasa :( ), rendang ayam dan rendang campur (limpa, jantung,daging)


Semua ini mak bawak dari Pahang. Kiteorang hangatkan je =D

Raya kedua lak, mak buat nasi kerabu.

Plan ke genting tak menjadi sebab Suci lelah pada raya kedua pukul 5 pagi :(.

Aku lak berdarah hidung.. Tak pa lah janji semua sihat kan?

Erm..terima kasih mak untuk semua ini. Teringat anak-anak dan cucu-cucu nak makan, sanggup bawak makanan semuanya :(. Jasa mu akan dibalas. InsyaAllah.


Kadang-kadang, terasa macam si Tanggang lak. Sebab mak bawak pisang setandan! hahahaha! *sentap

3 comments:

~AmyLiana8886~ said...

si tanggang tu len..cik by bersebab kan xbalik..huhu..

CiK By said...

AmyLiana : tu la..tapi sentap gak!! hahaha!

Evi LoLyta said...

salam ziarah