Tuesday, December 29, 2009

Kalau jodoh tak ke mana...

Yerp. Aku mengakui. Kalau jodoh tak ke mana kan? Itu ketentuanNya.

Baru-baru ni aku pergi kenduri kawan kakak aku. Nak dekat sepuluh ke berbelas tahun diaorang bercinta, akhirnya bersatu jua. Wah! Aku sangat kagum kalau pasangan yang mana masing-masing tahu menjaga 'relationship'. Sangat kagum.

Lebih kagum kalau tengok lelaki itu, sendiri telah berhajat seseorang perempuan itu dijadikan isteri. Kesanggupan mencari duit, mengumpul, tahu membuat keputusan dan berhajat mendirikan rumah tangga. Tang tu memang aku respect!

Dan dan lebih kagum, kalau perkahwinan tu bertahan sampailah gugur segala rambut kecik gigi.. :P

Aku kurang berkenan, kalau putus orang cakap "kalau tiada jodoh nak buat macam mana.itu takdir...". Aku bukan tidak percaya pada takdir. Tapi aku tak boleh terima kalau putus, alasan dia adalah takdir. Tapi sebaliknya putus sebab lain. Jadikan alasan takdir itu sebagai alasan yang kukuh (paham ke idak korang ngan ayat aku ni :D).

Aku rasa dua-dua boleh jaga hubungan, boleh usaha kalau betul-betul nak bersatu kan? Tak payah bagi alasan "takdir" untuk larikan diri.

Kalau dah berusaha dan ada halangan sampai tak boleh nak elak, itu lain la sampai berperang ke apa ke..... Itu memang takdirNya.

Ini ko berskandal sana sini. Pastu putus, ko bagi alasan takdir? Oh tidak boleh diterima akal.

Aku bukan nak tujukan entry pada mana-mana lelaki. Tapi perempuan gak! *ter emo pulak :P.

Tapi sungguh aku tak boleh terima!

8 comments:

Cik Eija said...

Ya betul!!! aku setuju. Tapi ada gk yg bercinta bertahun, kawin cuma tahan beberapa bulan jer. Tak tau kat mana silap :(

azaliahjsalleh said...

owh sweet
alhamdulillah dpt bersatu
mmg utuhlah cinta mereka

mushy shizzy gina said...

ye betul..bila dah berjaya rampas hak org ckap itu dah jodoh n takdir..
tapi nak buat camne..Tuhan dah bagi reward atas usaha keras dia merampas nye hehehe...

Aku menci perampas!!!

Bai said...

Cik Ieja : erm..tatau la tu :(. sayang je kan?

Bai said...

azaliahjsalleh : alhamdulillah..moga-moga berkekalan hingga akhirnya :)

Bai said...

mushy shizzy gina : yerp..biala dia menang :P.

aku pun menci!!

Natasha said...

yup setuju..mmg takdir tapi mereka lupa QAda & Qadar.... Qada nya mereka curg,,Qada nya mereka putus..pas tu salahkan takdir...


CISSS!!! mereka itu pengecut

Bai said...

Natsha : aah betol2..pelik bin hairan betul dieorang ni..

yerp..pengejut! ;D