Thursday, December 3, 2009

Kegilaan bercinta zaman remaja...

Teringin pulak mengingati zaman remaja.. Gara-gara dengar HOT.fm pagi tadi =D.

Korang ada tak bercinta zaman remaja? Aku ada.. tapi masuk form 1 baru aku tahu nak bercouple-couple ni. Gatal eik? Hormon dah lain mesti gatal punya =P.

Kelakar pulak bila ingat balik. Masa tu aku duduk kat library cari buku. Tak sangka ada sorang mamat ni memerhati aku... Aku duduk kat meja panjang, nak mentelaah buku. Pastu, mamat sorang ni asyik tenung je kat aku. Eeeee ngeri lak (aku tak leh orang pandang mata lama2).

Aku tak senang duduk, aku pergi kat rak-rak buku..konon-konon cari buku. Tapi celah-celah buku tu aku duk memerhati mamat tu..muahahaha..

Bila aku pergi balik kat meja. Aku capai surat khabar. Dan-dan je, tengah selak surat khabar tu...ada sekeping nota..cehcehceh..masa ni hati dah dup dap dup dap. Bukak-bukak ada tertulis aku cinta padamu. Pergh masa tu hati kembang macam bunga kembang semangkuk =D. Kembang kempis dadaku (macam lagu lak).

Pastu dia tulis nama dia (takyah la aku sebut, mana tahu dia terjumpa blog ni ke..hihihi)...

Aku pandang dia..meleret dia senyummmmmm....

Bermula kisah cinta aku masa tu..Sungguh cepat menerima cinta dia sebab mamat ni kawan aku masa sekolah rendah. Konon-konon dah kenal lah.. Aku terus tangkap cintan!

Banyak kisah duka dan suka (cewah!). Ada satu hari tu, aku kena maki ngan abang dia melalui telefon.


" Hoi budak hingusan! Tak yah lah ko nak bercinta dengan adik aku " * Ingat sampai sekarang.


Pastu, hubungan kami tak lama. Aku tahu dia ada girlfriend lain. Punyalah marah aku kat dia. Aku jumpa dia tulis surat cinta kat sorang perempuan ni (tulis atas tisu beb).


Aku pergi kat kelas dia, pastu aku koyakkan tisu surat cinta tu kat atas muka dia. Semua orang terpinga-pinga. Makwe baru dia pun ada situ. Nangis teresak-esak. Kalau ada radio masa tu, mesti aku pasang lagu Cinta Ini Membunuhku -D'Masiv. hahahaha!

Kalau aku ingat balik, malu weh kot kot terjumpa budak-budak kelas yang teringat muka aku waktu koyakkan tisu tu..hahahaha!

Sekarang aku dengar, mamat tu dah ada anak dua!

11 comments:

dayah aziz said...

rmaja hanye skali..
jd kene la enjoy!!=p

CiK By said...

dayah aziz : Yeay! enjoy!! =D

CT NORAMIZA said...

hehehe bila ingatkan balik apa yg kita buat masa teenagers dulu, mesti malu kat diri sendiri kan :) heheheh

Lynda said...

cam aku tau je.ahhaha

lucky said...

ohoho.. cinta monyet kdg2 ley jd klakar.. ngee.. :P nyway sweet kot cre die tuls2 ats krtas n tisu tuh.. sape yg xsuke kn.. hee..

CiK By said...

CT NORAMIZA : ah ah! hihihi =P lawak gila..

lynda : shadapp uuu!! =D

lucky : hahaha..tu cara kasanova =P

Nurul said...

eh by aku terletak annoynomus lak tadi...komen aku tu sebenaunye

Anonymous said...

hahaha haku pon dengau hot fm pagi tadi...erkkk tapi.... kegilaan cinta aku dolu2 emmm amat mengerikan la..issh x mo la hengat...

CiK By said...

nurul : takpe..anggap tu kenangan terindah..

redoooooo~~ =P

Espresso Guy said...

Kegilaan cinta aku?? xyah citer laa kot, biar ko je yg tau kn cik by... n biar je jadik lagenda mcm lagenda budak setan tue...

CiK By said...

Espreeso Guy : hihihihi..ye aku akan simpan cite ko..

nanti aku buat novel,selit skali =D

perasan nak jadi budak setan! =P