Thursday, December 3, 2009

Lagi-lagi kisah masa kecik!

Kisah pertama : Siapakah gerangan yang kentut 'bersembunyi' Masa ni terjadi masa aku tengah ambil paper BM masa UPSR. Peristiwa yang tak kan aku lupa sampai bila-bila. Tengah-tengah semua pelajar termasuk lah aku menjawab paper BM. Korang bayangkan keadaan yang senyap sunyi lagi sepi tu kan..Tiba-tiba, ada bunyi kentut. Bukan jenis kentut kuat tu. Kentut yang slow kemudian nyaring..tau tak?



PreeeettttttttPREEEEEEEEETTTTPRETTTTTTTTTT~~~


Nak tahu apa terjadi? Satu dewan tercari-cari siapakah gerangan yang kentut tu. Pastu ketawa beramai-ramai. Aku tak ketawa sebab aku macam tahu siapa yang kentut. Agak jahil la kan kalau aku ketawa. Dia adalah perempuan sebelah aku. Dia pun tersenyum-sipu malu..


Perempuan tu agak popular gak kat sekolah rendah aku dulu. Lawa~~~


Kisah kedua : Gaduh sambil ketuk kepala dengan buku.


Kisah ni masa aku ambil PMR. Dalam bas, perjalanan balik ke rumah. Ada salah seorang geng aku gaduh dengan seorang minah ni. Geng aku tu nak lalu, nak turun bas. Tiba minah gedik ni halang-halang. Turun je bas. Hammmekkk ko!! Geng aku ketuk pala dia dengan buku.


Aku? Duduk dalam bas la..Rumah aku jauh lagi. =P


Kisah ketiga : Jatuh di bus stop.

Masa ni aku SPM. Aku sendiri jatuh.hahahah! Sumpah tak boleh lupa. Aku duduk kat bus stop baca buku sains (sementara tunggu waktu masuk dewan). Tengah aku duk baca. Tiba-tiba, badan aku tak boleh kawal. Aku jatuh.. Bedeebukkk! *sakit bontot.


Terselak kain. Hoh! Malu ok. Nasib baik 5 orang je ada kat situ. 1 lelaki india 3 lagi perempuan. Budak kelas aku. Mengekek diaorang ketawa.


Tapi syabas aku dapat c4 untuk sains yang selama ni aku selalu je dapat c6. hahaha!



sekadar gambar hiasan ;)
pict : google-ed dan ehsan dari diari cik By


to be continue? *mungkin :D

Eh maybe tak lama lagi aku nak buat novel. Nak baca tak? * kembang kempis hidung

2 comments:

driedroses said...

kak by ni suka benor bergambor dengan artis..hehe

CiK By said...

diedroses : tu zaman muda..muahaha!!

ngan Dafi tu kebetulan masa raya. tengok muka dia baru bangun tidur tu :P