Wednesday, December 9, 2009

Natrah

pict : google-ed. Berbaju pink adalah Natrah atau Maria Hertogh

Tengah membaca sejarah Natrah buat kali kedua. Tak puas sebab hari jumaat lepas terlampau ramai berkerumun kat poster tersebut untuk mengambil gambar.

Buat kali kedua aku tengok Natrah semalam (Pertama kali tengok dengan family pada jumaat lepas). Gara-gara aku tergilakan Adam Nurkasih. Tipu! Sebenarnya aku beli tiket tu dah lama. Credits to Iz, Mr.K dan Abg N kerana selalu menemani tengok teater ;) (family juga, kang terasa hati lak aku tak ucap terima kasih ;P). Memang aku minat dari dulu.

Terjumpa housemate masa study dulu. Dua-dua dah jadi Mak Buyong =D. Congrats! Masing-masing tanya bila aku nak kawin. Agaknya semua orang menunggu ke aku kawin? Tunggu lah, ada jodoh aku kawin ;)


Mengabdikan sekeping gambar sebagai kenangan ;). Hoh tipu lagi. Banyak keping!!! =D



Pernah berangan nak masuk ASWARA (Akademi Seni Budaya dan Warisan Bangsa) untuk mengambil course di sana. Tahun lepas, aku pernah ke sana tengok jejaka-jejaka hot student ASWARA buat persembahan untuk final semester diaorang. Memang kagum! Muda-muda lagi dah pandai bermain muzik, berlakon, mengarah...dan lagi satu student sana agak stylo!


Kelmarin aku dengar, tiket Natrah dah habis dijual walaupun dilanjutkan. Syabas Erma Fatima!



Posing sama je. Dari PGL, MAHSURI posisi kami berdua tetap sama.

Ternyata tempat duduk bawah sekali, di hadapan stage memberikan kepuasan hati! =D



Memang aku tabik kat Erma Fatimah. Sebab, arahan beliau sangat menyentuh hati dan perasan. Pastu, dia takkan lupa selitkan tentang keagamaan.


Tapi, kenapa tak cerita habis pasal Natrah? Mungkin ianya agak sensitif? Yelah, tentang agama dipersoalkan. Pastinya sensitif, kalau tak tak akan ada rusuhan di Singapore dulu. Sampai ada yang mati akibat rusuhan tersebut.



Tapi kalau aku jadi Natrah, aku juga mempersoalkan tentang hidup aku. Kenapa, kenapa dan kenapa?



Kalau ikut sejarah, Islam tetap di hati Natrah. Tapi kenapa dia tak kekal saja dalam Islam? Mungkin Natrah tiada bimbingan pada waktu itu dan isu agama agak sensitif pada ketika dulu, membuatkan dia bingung untuk membuat keputusan.



Lakonan Umi Aida, Maya Karin, Sofia Jane dan Remy Ishak (adam Nur Kasih, baru terlibat dalam teater) berjaya dan memikat hati.



Lakonan Umi Aida memang waaaalllah dari dulu! Lakonan Maya Karin memang sesuai dengan wajahnya yang mix dan malu-malu kucing (nasib baik bukan Dania Danielle yang berlakon ;P). Sofia Jane dengan gaya yang penuh penghayatan dan penuh emosi. Lakonan Sofia Jane adalah sebagai Natrah sewaktu tua. Memang menjadi.


Aku paling suka slot Umi Aida, Maya Karin dan Samaritha Schubert bermonolog. Dari situ kita tahu hati seorang ibu macam mana... tersentuh ;(


Remy Ishak? Adam Nur Kasih..pastinya tengah hangat. Semasa sesi memperkenalkan barisan-barisan artis, Remy Ishak adalah seorang yang mendapat tempukan gerumuh. Aku dengan Iz beriya-riya tepuk tangan bila Maya Karin dan Sofia Jane keluar... yang dua orang lagi beku =D.


Oh ya, Aku suka semua lagu dalam Teater Natrah.!

Sekian laporan Natrah dari Cik By bergigi besi =D.

4 comments:

Anonymous said...

lagi lagi pose yang sama, kan?? blasah je la labuuuu..yg dua tu jadik hulubalang je kot??!!

Byzura Mj (By) said...

driedroses : tu la pasal...

tu la..lain kali lantik hulubalang je la..ngehngehngehngeh

Espresso Guy said...

sudah lama nggak nonton teater... rindu!

Byzura Mj (By) said...

Espresso Guy : eh kat Singapore skang kan tengah ada teater cuci cuci the musical..tak pergi tengok?