Monday, December 21, 2009

Port Dikson..

Unplanned vacation. Yeah! Aku ke Port Dikson. Ni je la tempat yang tak jem dan dekat dengan KL. Cuti-cuti ni semua penuh dengan orang. Nak-nak KL. Fewwwhh~ asyik-asyik berlanggar bontot kalau pergi jalan-jalan kat Mall * lap air peluh.

Walaupun letih tapi seronok melepaskan tensi. Terbeliak biji mata bangun pagi-pagi :D.

Survey-survey tempat, port dekat ANCASA menjadi pilihan. Dekat situ ada mainan air so tak ada la seharian menyelam je.

First try banana boat. RM 5 ringgit je. Tapi tak adalah jauh mana dia bawa. Kalau nak jauh naik yang RM 15, pasti akan lebih best!

Banana boat. Paling best waktu last. Tapi pelik apsal kaki orang belakang naik sampai ke kepala aku? hahaha! Main kotor nampak. Ini sudah lebih! :P
Acara budak-budak. Takut tak seimbang, maka sewa pelampung :D. RM 3 sehari. Mainlah sampai lebam.

Tengahari kami makan masakan kampung. Semua sedap-sedap terutama semua yang masak lemak cili api. Sampai berapi lah makan!

Yeah! Kami try Donut. Sangat best ok!! RM 20. Melantun-lantun dibuatnya. Sampai usus aku tak tahan, nak menahan gelak. Ada satu part tu aku hampir melampung. Fewwhhh..nasib baik tak jatuh. Lepas je turun dari Donut tu, aku kena parkinson :D.


Lepas mandi-manda, kami jalan-jalan ke ANCASA. Dekor ala-ala Bali. Dulu pernah penginap kat sini. Sangat best. Dia macam apartment. Satu apartment tu kalau tak silap RM 600-800. Sumbatlah macam sardin pun, tak apa.


Berangan konon-konon 'model' Bali. serius tak boleh blah :D



Last agenda mestilah ke kedai makan! Kami ke M.A.R seafood.

Semuanya RM 56++. Murahkan? 4 orang makan. Kami makan macam pirana. Semua licin! :D


Sekian saja liputan hujung minggu Cik By..Eh ada lagi! Dengan family lak :D.


5 comments:

angah iza said...

jeles nye tgk kau pergi bercuti..
syokkkk :)

~AmyLiana8886~ said...

bestnyer pergi bercuti..tp yg paling best makanan tu..murah la tuk 4 org rm56 je..yg best tu banana boat..(betul x name ni..hentam je la..

CiK By said...

angah liza : kebetulan je tu..sangap duk KL ni.. :P

AmyLiana : hihihi memang heaven! murah kan? Sy pun terkejut bila tengok resit...

aah ah banana boat..try donut lagi best!!

ayu said...

xajak pn???

CiK By said...

ayu : bukan tak ajak..dah tahu ko nak p melaka :P