Showing posts with label hujung minggu. Show all posts
Showing posts with label hujung minggu. Show all posts

Monday, December 28, 2009

Sunway lagoon..

Yeah! I went to Sunway lagoon yesterday.. Lepas je kenduri kawin kawan kakak aku terus ke Sunway Lagoon. Tu pun sampai dah lambat :(.

Asyik-asyik berdating dengan Nina dan si Suci. Dah tak ada kerja lain. Asyik dating ngan diaorang je kalau hari minggu. Naik muntah hijo dah! :P. Kalau pergi dating pun diaorang nak ikot. Sampai dah macam satu family lak lengkap ngan anak bagai :D. Kacau daun sungguh (Nina, if u read this jangan terasa ya.. xD ).


Ada orang cakap Nina mirip Scha? WT?? heh! :D

Teman si Suci naik cawan pusing. hihihi.

Tak ada mood sangat nak mandi. Tengah bendera naik menegak :D. Paham-paham je la.

Budak ini tak sabar nak mandi. Tapi takut sebab ramai gila orang. Takut orang tolak dia. Nanti lemas katanya.

Ini budak tak payah nak cakap la. Lepas salin baju, terus menghilang. Macam anjing laut nampak air dah.

Sesi layan Suci.

Layan lagi. Suruh Cik Su ambil gambar. Ces!


Yang pasti kitaorang tak puas main. Heh mahu pergi lagi :D.


Ops. Aku duduk sebelah Fahrin masa kat kolam renang. Wau wiii sangat hok (hot) :D....Agaknya melepaskan tensi, sehati berdansa kan dah habis. Dan aku jumpa AJ, dj ERA.FM.

Monday, December 21, 2009

Port Dikson..

Unplanned vacation. Yeah! Aku ke Port Dikson. Ni je la tempat yang tak jem dan dekat dengan KL. Cuti-cuti ni semua penuh dengan orang. Nak-nak KL. Fewwwhh~ asyik-asyik berlanggar bontot kalau pergi jalan-jalan kat Mall * lap air peluh.

Walaupun letih tapi seronok melepaskan tensi. Terbeliak biji mata bangun pagi-pagi :D.

Survey-survey tempat, port dekat ANCASA menjadi pilihan. Dekat situ ada mainan air so tak ada la seharian menyelam je.

First try banana boat. RM 5 ringgit je. Tapi tak adalah jauh mana dia bawa. Kalau nak jauh naik yang RM 15, pasti akan lebih best!

Banana boat. Paling best waktu last. Tapi pelik apsal kaki orang belakang naik sampai ke kepala aku? hahaha! Main kotor nampak. Ini sudah lebih! :P
Acara budak-budak. Takut tak seimbang, maka sewa pelampung :D. RM 3 sehari. Mainlah sampai lebam.

Tengahari kami makan masakan kampung. Semua sedap-sedap terutama semua yang masak lemak cili api. Sampai berapi lah makan!

Yeah! Kami try Donut. Sangat best ok!! RM 20. Melantun-lantun dibuatnya. Sampai usus aku tak tahan, nak menahan gelak. Ada satu part tu aku hampir melampung. Fewwhhh..nasib baik tak jatuh. Lepas je turun dari Donut tu, aku kena parkinson :D.


Lepas mandi-manda, kami jalan-jalan ke ANCASA. Dekor ala-ala Bali. Dulu pernah penginap kat sini. Sangat best. Dia macam apartment. Satu apartment tu kalau tak silap RM 600-800. Sumbatlah macam sardin pun, tak apa.


Berangan konon-konon 'model' Bali. serius tak boleh blah :D



Last agenda mestilah ke kedai makan! Kami ke M.A.R seafood.

Semuanya RM 56++. Murahkan? 4 orang makan. Kami makan macam pirana. Semua licin! :D


Sekian saja liputan hujung minggu Cik By..Eh ada lagi! Dengan family lak :D.


Sunday, December 20, 2009

Hola!

Hola la konon. hihihi. Baru dapat online. Ni pun curi kejap Macbook BIL (warna merah plak tu, jeles! :P). Dia keluar pergi Tesco. Aku apa lagi. Online la..hahaha.. Kalau dia baca blog aku, kantoi lah!! (ampun ya, sangap tak boleh online :D).

Gara-gara lappy aku screen nya rosak dan lappy office tertinggal kat rumah :(, maka aku kesangapan tak boleh online dan update aktiviti hujung minggu aku.

Hari ini mengambil keputusan duduk rumah sahaja tengok kartun :P. Mana ada cerita best, kartun saja lah cuti sekolah ni.

Mula nak bawak anak buah pergi tengok wayang, tapi mesti penuh kan?

Kelmarin, semalam aku berjalan sakan. Nanti esok-esok aku update. Terpaksalah mencuri sedikit masa di office nanti. Hiks! :D

Monday, December 7, 2009

Orang cakap biarlah kentotpun secara kebetulan siri - 2..

Hah ingat tak hari tu, aku ada buat entry ni , ni sambungan dia..Aku dah dapat gambar-gambar dari photographer tak berbayar aku, so boleh lah aku update. Panas bontot tunggu dia balik kerja =D.

Dalam perjalanan menuju ke Kota Metropolitan (KL), abang ipar aku tanya :

" Nak tengok Natrah tak?"

"Boleh juga...." * terkesima ok! tatau nak cakap apa..

"Ok nanti dapatkan tiket. Kisah sejarah tu" * aku berdiam saja


Decide nak pergi KLCC, sebab sepupu nak beli baju kat KLCC. Last-last pergi Sungai Wang. Kat situ lagi banyak pilihan untuk orang muda seperti dia. KLCC tu haram jadah mahal. Parking pun mahal. Baik dia menyimpan duit untuk hari tua.


Baguskan aku mengajar sepupu supaya berjimat? ;). Macam aku. Sumpah tipu. Aku adalah seorang yang boros! Pantang nampak benda-benda yang memikat hati aku, kalau tak dapat confirm aku bawa sampai masuk mimpi =D. Kalau dapat, mesti bawa tidur.


Jalan-jalan seharian di Sungai Wang. Lenguh tak lenguh la kaki ni, sampai aku terpaksa beli sandal lembut. Tobat la tak pakai heels dah (pergh aku tobat tu...tarik balik!). Lenguh!


Tengah shopping-shopping, aku terjumpa ..ala ape ke nama artis tu.. Ain? Adik si Ekin Mawi. Setinggi aku je rupanya. Cuma dia pakai heels tu yang nampak tinggi. Kulit jangan cakap la. Cantik nak mampos!


Sampai pukul 7 malam, ada Power Rangers lak keluar. Haish maghrib-maghrib, Power Rangers keluar lak. Harus lah tunggu untuk memenuhi impian Suci bertemu Power Rangers kesayangan.

Tengok sampai terbeliak biji mata ambil gambar dengan Power Rangers kesayangan. Tapi kan yang paling tak boleh blah, seluar Power Rangers yang bewarna biru tu konyak kat tengah-tengah kemaluan masa buat show =D.

Semasa tengah boring menunggu Power Rangers. Dua orang ni bandingkan perut siapa lagi menonjol ;P


Nak tahu apa yang terjadi selepas itu? Jeng jeng jeng....






Yes. Aku pergi tengok Natrah.

Bersama kakak, mak dan sepupu..

Tengah cool kan Suci. Risau dia buat hal.

Tabik pada Suci. Dia sangat ok pabila menonton Natrah! *tepuk tangan.



Apa yang aku nak komen pasal Natrah, hanya nak cakap SOKONG LAH TEATER MELAYU.



AKU AKAN MENONTON SEKALI LAGI =D.


(pandangan tentang NATRAH akan di next entry selepas aku menonton buat kali kedua. Harap Maklum)



Sunday, December 6, 2009

Nak ajar 'push' ke atau biarkan?!!

Masalah 'push' ni bukan aku je mengalami (eh bila pulak aku beranakkan? ;p), aku rasa ibu-ibu mengandung pun ada masalah nak 'push'. Aku lagilah tak ada pengalaman langsung! Kata orang sakit macam nak berak sembelit... *aduh!

Termasuklah Putih, putih tak pandai langsung nak 'push'. Dulu makcik aku jadi bidan. Kali ini tak ada bidan. Memang parah.

Macam mana ntah Putih 'push'. Tengok-tengok dah terkeluar 2 anak yang comel. Syabas Putih!

Our new baby. Eh bukan. Putih babies =D. Satu popo (yang putih tu, ganti dengan popo yang sudah temui ajal , AL-FATIHAH) dan satu lagi pipi. Tapi semalam kakak nak tukar nama lak. Satu Jerry satu Tom. Kalau ikutkan aku, satu Mat Semat satu lagi Mat Sentul sudah =D. Tak apalah, bukan kena pergi daftar kat jabatan apa-apa pun. Suka hati nak panggil apa. Biar kompius kucing tu.

Sangat lah comey. Aku dah cium berapa kali dah. sedaaaaaaaaaaappppp

Eh ko buat ape ni? Kecik-kecik dah pandai. Babap kang..

I nak kiss u boleh? U punya bau macam HUGO BOSS la..yummy~

Ini lah ibu dia, Putih yang tak pandai nak 'push'. Mahal ni! Mata sebelah biru sebelah kuning. Ajaibnya kuasa Tuhan ;)



Bapak bukan sebarang bapak. Bapak datang dari Pahang. Mat Kilau la konon. GELIMAT. Tapi nama tak boleh blah ok. Kitaorang panggil mimi, sebab ingat dia betina..Sekali jantan daa....

Gambar dari hp diselitkan untuk preview post next entry (aktiviti di hujung minggu ;D)

Eh gigi bersinar lah. Pakai lah kayu sugi!

Yogurt untuk lumut?

Tadi terjumpa dalam peti, yogurt original. Tanya kakak aku,


"ni untuk adik(anak buah) ke?"

"Bukanlah. Ni untuk hidupkan lumut-lumut"


Hoh gila agaknya akak aku ni..untuk hidupkan lumut dia bagi makan yogurt? Ntah mana dia blaja. Dia memang suka hias laman rumah dia. Orang tak suka lumut naik kat pasu ke pagar ke kan? Tapi dia suka.

"Nape?"


"Nak sikit..."



Korang tahu aku nak buat apa? Nihah aku tepek kat muka..hahahaha! Sekarang muka aku tengah keras dek yogurt. Tak boleh bercakap, menaip boleh =D.


* Terbau lauk kenduri kahwin orang sebelah lah! Tata! Maybe nak g makan di sana. Selambe! =P